Gambar Majlis Perkahwinan Zed Zaidi

Salam bahagia 🙂 Nak komen klik tajuk yer …

Baru je tengok gambar perkahwinan zed zaidi itu pun ada sekeping je..eh tak de ke orang nak tayang gambar mereka nih teringin jugak nak tengok ! huhuhu , Bagus lah kenai di facebook dan kahwin ramai orang yang cintanya kecundang jika kenal dari laman sosial nih ..apa-apa pun tahniah di ucapkan dan di doakan zed zaidi kekal bahagia sehingga ke akhir hayat bersama isteri …

Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telahpun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini.

Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia
Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia

Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya.

Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

kad jemputan kahwin zed zaidi  yang unik
kad jemputan kahwin zed zaidi yang unik

“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.

“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.

Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.

“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.

“Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.

Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut.

“Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan.

Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti.

Kad jemputan perkahwinan menyerupai facebook / unik dari zed zaidi
Kad jemputan perkahwinan menyerupai facebook / unik dari zed zaidi

Harap-harap zed zaidi baca nih haha…weekk tak semenggah yer puanbee!

Show 19 Comments

19 Comments

  1. topimagine

    alhamdullilah kan… nengok tu.. cinta facebook pon leh sampai ke jinjang pelamin kan 🙂

  2. puan kutu

    semoga berbahagia.tak byk kan pasangan yg kekal dr laman sosial.jodoh zed zaidi.kutu pun slh seorg klu bee nak tau..kekal smp skang.hoho

    • eh iyer ke kutu ? wah dah jodoh kan ..moga kekal lah kalau dah berkahwin tu 🙂

  3. akak bee…. tajuk entri ni ada silap skit… huhuhu… zed zaidi la, bukan zed ziadi… huhuhu….

  4. aween

    lor kak..dah kawen ke depa ni..igtkan lmbt lg majlisnye..baru igt nak attend..hahahaha..

  5. mmg unik la kad jemputan tu kan…kawan kak sya pun ada gak yg bercinta melalui internet…alhamdulillah dorg kekal sampai skrg dan insya allah selamanya… 😉

    • tapi cinta internet nih jarang ada yg betul kan , tapi kalau kita baik insyaallah jodoh pun baik2 jer.. 🙂

  6. mrs.yie

    akhirnya..kawin jugak dia ni.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.