Drama tv3 terkini : Dia… Isteri luar biasa

Drama Dia isteri luar biasa kini di tayangkan di TV3 , bagi mengantikan drama Hati Perempuan. Saya peminat drama , sekali pandang pelakon drama terbaru ini saya dapat rasa macam best je drama ni memandangkan pelakon nya semua handal , tak sama macam drama hati perempuan. Pasangan kekasih untuk drama ini dibintangi oleh Shukri Yaha‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’. ya dan Nur Fathia. Turut dibantu oleh pelakon-pelakon hebat seperti Keith Foo, Uqasha Senrose, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi. Drama ini akan mula bersiaran bermula 18 Mei 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang di TV3.

dia isteri luar biasa drama tv3

Dia Isteri Luar Biasa

Sekali lagi novel karya Umie Nadzimah akan menghiasi slot Akasia TV3 dengan drama berjudul ‘Dia Isteri Luar Biasa’. Sebelum ini karya beliau pernah muncul di slot Akasia melalui drama bersiri ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’

JUDUL : DIA ISTERI LUAR BIASA
EPISOD : –
TARIKH : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Umie Nadzimah
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza

WATAK PELAKON

  1. Shukri Yahaya sebagai Raden Amzar
  2. Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
  3. Keith Foo sebagai CikKem
  4. Nonny Nadirah ebagai Eda
  5. Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
  6. Ardell Aryana sebagai Nora
  7. Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
  8. Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
  9. Syatilla Melvin sebagai Razita
  10. Raja Farah sebagai Dr Adibah
  11. Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
  12. Leez Rosli sebagai Fatiha
  13. Alexx Yanz sebagai Shahriman
  14. Lia Asmizza sebagai Aisyah
  15. Azza Elite sebagai Adawiyah

LAGU TEMA / OST DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA
Tajuk Lagu: Potret
Artis : Akim And TheMagistrate
Link :

Official PROMO :
Tonton: http://www.tonton.com.my
Website: http://extra.tonton.com.my

Rangkaian Laman Sosial TV3
Facebook: http://www.facebook.com/TV3MALAYSIA
Twitter: http://twitter.com/tv3malaysia
YouTube: http://www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

Nak tengok online drama dia isteri luar biasa ? Boleh tengok di http://www.dailymotion.com/

Show 3 Comments

3 Comments

  1. kan… mcm best…
    tp susah laa nk layan timing drama tu…
    ehem… adik syatilla melvin tu sekelas dgn anak teruna ku rupanya

  2. sekarang punya trend drama mesti ada suami,isteri,,suamiku,isteriku..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.