DIY : Ubahsuai tshirt ibu jadi tshirt anak

Assalamualaikum dan hai semua , kali ni nak share kalau rajin boleh lah ikut cara saya ni. Men DIY kan tshirt lama ibu yang memang dari beli tak pernah pakai dan jadikan tshirt anak. Dalam kes saya , saya jadikan tshirt syamim je , muat muat untuk baju dia je tuh.

Baju dah siap :

  • Bahagian leher saya gunakan ribbing , ribbing ni beli dah siap potong by set. Dijual oleh kawan di facebook. Boleh search nama fb dia Sarazam Othman. 
  • Cara pasang ribbing senang sangat jika nak di bandingkan nak buat  cara bias tu susah nak dapat kemas-kemas untuk newbie.
  • Ukuran baju , tekap sahaja baju anak. Tengok kedudukan yang sesuai. Untuk baju ni saya ambik logo tu dulu asingkan kemas2 . Bahagian yang tingal tu saya tekap lah dengan thsirt syamim yang masih besar dia pakai.
  • Untuk tangan boleh tekap atau buat sendiri sahaja.
  • Logo pasang siap-siap sebelum ikut step di bawah.
  • Cantum bahu dahulu.
  • Di ikuti tepi bawah ketiak.
  • Dan lengan.

tips jahit tshirt :

Guna tapak telfon dan mata jahitan 2.5. Setting tension jangan tegang sangat. Tu je .. insyallah menjadi.

Bahagian depan. Kalau anak besar sikit ambik je sekali leher tu . Tapi syamim kecik jadi saya buang leher buat baru. Kalau naka perempuan boleh buang lengan sahaja. Bahagian badan boleh buat bentuk A.

Bahagian belakang. Saya ambik logo kecik tu letak di lengan. Potong kemas – kemas sikit. Dan jahitkan dengan benang warna sama. Jadi tak nampak lah jahitan tampal kita tu.

Gambar di bawah. Nampak tak bekas saya tebuk. Atas kecik logo kecik. Tengan bawah tu bahagian body nya dan lengan. Saya ambik potongan dengan jahitan kelim bawah sekali. Jadi tak payah banyak kerja nak kelim kali ke dua kan

Jadi siap lah sehelai tshirt baru untuk syamim  hasil DIY . Lepas tu dia pakai sampa makan mangga masak ranum. Habis kotor .. tak sempat la ibu nak snap gambar cecantik.

Gitu

Ok la .. selamat malam .. esok pergi checkup di klinik ibu mengandung. Malam ni ada apa ya ? ada bunyik mercun pula.

26 Comments

  1. Nurul Shahira 16 April 2018 Reply
  2. seri wangi 1 December 2017 Reply
  3. Betty 1 December 2017 Reply
  4. Innanie Ariffin 30 November 2017 Reply
  5. henrytan 30 November 2017 Reply
  6. Bonde Zaidalifah 30 November 2017 Reply
  7. Lia Hasty 30 November 2017 Reply
  8. JMR 30 November 2017 Reply
  9. Mahamahu 29 November 2017 Reply
  10. Khairul Zamri 29 November 2017 Reply
  11. Bella Jamal 29 November 2017 Reply
    • puanbee 29 November 2017 Reply
  12. Sally Samsaiman 29 November 2017 Reply
    • puanbee 29 November 2017 Reply
  13. Jane 29 November 2017 Reply
    • puanbee 29 November 2017 Reply
  14. Marsha 29 November 2017 Reply
    • puanbee 29 November 2017 Reply
  15. Afizah Abd Rahman 29 November 2017 Reply
    • puanbee 29 November 2017 Reply
  16. Ririey 29 November 2017 Reply
    • puanbee 29 November 2017 Reply
  17. Hasif Hamsyari 29 November 2017 Reply
    • puanbee 29 November 2017 Reply
  18. Rafzan Tomomi 29 November 2017 Reply
    • puanbee 29 November 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.