Assalamualaikum , Diy kali ini kita buat mini papan iron atau mini iron board. Saya tak tau lah nak letak nama benda alah ni dalam bahasa melayu macam mana. Kalau kakak-kakak , adik-adik semua suka jahit atau buat cfart kecil-kecil comfirm perlukan iron board kecil ni. Letak di sebelah je. Dipadankan pula dengan iron mini yang kecil comel tu kan. Sambil jahit sambil iron , lagi-lagi jika kita buat patchwork , sangat mudah. Saya dah sediakan video untuk hangpa lebih mudah faham lah.
Bahan-bahan nya ialah :
1 : Papan / Playwood atau kotak keras.
2 : span – saya guna span dengan ketebalan 0.5 inci.
3 : fiber keping sedikit. Kalau nak search di shopper taip “batting” tak tebal sangat.
4 : Kain untuk membalut.
5 : Stappler industri – beli di DIY saja.
Cara untuk membuat papan iron mini ni boleh tengok di youtube saya ye..
Tengok sampai habis ye .. Jangan lupa SUBCRIBE dan tekan loceng chanel saya tu.. Nanti saya akan update banyak lagi. Terima kasih ..
Sehingga berjumpa lagi di next posting
Puanbee