Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak (dividen / bonus ASB ) yang akan di terima oleh pelabur pada 2018 ialan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.
Saya sebagai pelabur kecil kecilan turut akan menerima manfaat nya. Allhamdulillah. Duit itu lah nak guna untuk sekolah anak-anak.
COPY DARI KOSMO ONLINE
KUALA LUMPUR- Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pembayaran berkenaan merangkumi jumlah agihan sebanyak 7.00 sen seunit dengan anggaran pembayaran sebanyak RM10.7 bilion.
“Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 9.6 juta pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB,” katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Menara PNB di sini sebentar tadi.
Sementara itu, ASNB turut mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
“Agihan pendapatan itu mewakili hasil dividen sebanyak 5.1 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana berkenaan setakat 20 Disember 2018.
“Anggaran jumlah pembayaran sebanyak RM59.7 juta akan memberi manfaat kepada lebih daripada 1.2 juta pemegang unit dengan lebih daripada 1.8 bilion unit dalam dana tersebut,” jelasnya.
ASN berjaya merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM64 juta bagi 11 bulan pertama tahun kewangannya. – K! ONLINE
—–
Apa macam ? bulan 1 standby buku lerrr…