Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua , apa khabar ? lama tak beraksi saya sebagai ibu yang berdedikasi memang sangat sibuk dengan anak-anak. Dah lama saya nak mendaftar perkeso dan akhirnya saya dapat mendaftar secara online. Ambil kesempatan sementara MCO di jalankan ini banyak pejabat kerajaan boleh berurusan secara online sahaja. Semasa pkp 1.0 saya sempat daftar LHDN untuk company saya secara online. Kelmarin saya tolong kawan daftar ssm sepenuhnya secara online. Sekarang saya daftarkan diri saya sendiri ke sistem PERKESO secara online. Allhamdulillah mudahhhh sikit ya. SSM pun percuma je , untuk pemohon kategori B40.
Bagi saya susah nak pergi beratur di pejabat kerajaan tu , di tambah lagi orang macam saya tak berapa suka keluar jumpa orang. Okay , bagi yang terigin mendaftar Perkeso jugak boleh lah ke laman sesawang Perkeso https://www.perkeso.gov.my/ . Sangat banyak kebaikkan nya bila kita mendaftar dengan perkeso lagi-lagi kalau pekerjaan kita tu berhadapan dengan bahaya setiap hari. Contohnya food rider ke .. pekerja buruh ke .. kalau jadi apa-apa boleh tuntut bayaran untuk buat rawatan kan. Bukan nak mintak lah. Bayaran pun tak banyak mana. Sebulan paling rendah RM13.10 dan paling tinggi RM49.40 sahaja mengikut gaji bulanan kita. Ada 5 pakej semuanya … Murah sahaja.
Faedah banyak pula tu. Contohnya dalam gambar ni
Mudah sangat nak daftar nya , hanya perlukan gambar ic depan belakang dan dokumen SSM. Itu sahaja , lepas tu bayar online dan siap.
Jika berminat boleh ler pergi daftar di bawah sistem MATRIX di laman sesawang Perkeso. Saja tulis sebab lama tak update apa-apa di blog. Tumpui dah otak mak.
INFO : SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.
Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.
PERLINDUNGAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI
Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.
Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.
Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur
- Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.
DOKUMEN DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.
PEMBAYARAN CARUMAN
- Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.
- Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO .
- Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang ‘Bantuan’).