Tahun baru menjelang.Saya telah pun buat cermin mata ala korea murah murah di sungei wang plaza Kl. Cermin mata pun nak kena tukar , hasil dari menjahit sikit-sikit saya simpan dan buat cermin mata. Jadi lah.
Cermin mata lama masih boleh pakai , Ada calar sikit pada cermin. Bautkan tidak selasa sangat. Tapi frame masih elok saya beli di ampang dulu ( mahal nak mampos ) tetapi saya baru tukar cerminnya sahaja pada awal 2018 di damansara damai. Kos RM100 untuk cermin multicoat ( cermin biasa ). Dulu tak tahu ada cermin mata murah-murah macam sekarang. Kurang pendedahan barangkali.
Diatas adalah gambar cermin mata lama , buat di tesco ampang tapi alamat di dalam gambar tu tempat saya tukar cermin sahaja. Gambar cermin mata ke dua ada alamat tempat saya buat cermin mata.Sekarang trend cermin mata ala korea. Ahahaha .. sooo makcik pun terjebak. Suka betul design macam ni walaupun suami duk gelak-gelak. Ambik je lah.. hahaha duit sendiri suka hati la. Sebab design ni ala-ala dior pun ada jugak. Suka tengok model pakai.Macam cantik kan.
Harga cermin multicoat dan pertambahan 420 Alpha RM65 Tapi saya ambik cermin anti flash , alpha 420 dan apa ke benda nama cermin yang boleh tukar gelap bila kena cahaya tu. Eh pelupa sungguh laa. Nanti ingat saya update lain. Kos RM180 siap dalam sejam. Sebab ramai orang kat situ.
So jadi lah. Kena lah kerja carik duit balik. Hahaha cermin mata ala korea dah dapat. Tidur lena sikit lah.
Selamat tahun baru …
Tahun baru ini nak singgah kedai cermin mata bualan ramai orang, harga menarik dan siap pun cepat.
Setiap 2 ke 3 tahun mesti Ibu akan buat cermin mata baru. Ibu suka pattern framless. tapi susah nak cari sekarang