RAMAI YANG TIDAK TAHU MAKSUD TOMBIRUO SELAIN NAMA WATAK ZUL ARIFFIN DALAM FILEM ITU

Masih di tayangkan di pawagam filem adaptasi dari novel karya  Ramlee Awang Murshid , Tombiruo. Dari review yang saya baca di media social ramai memuji filem ni. Saya sendiri belum berpeluang nak menonton jadi rasanya tak layak untuk memberi apa apa komen tapi bila majoriti berpuas hati selepas menonton, mungkin ia satu filem yang hebat.

Tertanya juga saya apa maksud Tombiruo ni. Adakah sekadar nama satu watak manusia atau ada maksud di sebaliknya. Jadi saya cuba google untuk cari informasi. Apa yang saya dapat Tombiruo ni sebenarnya berasal dari loghat bahasa orang keningau sabah yang membawa maksud hantu tapi dalam novel karya  Ramlee Awang Murshid ia membawa maksud sebagai ‘penunggu rimba’.

Antara pelakon yang membintangi filem hebat ni selain Zul Ariffin yang memegang watak utama sebagai Tombiruo @ Ejim.. Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondoluo, Dato’ M Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Faye Kusairi sebagai Salina dan Dynas Mokhtar sebagai Baizura.

Barisan pelakon juga tidak kurang hebat lebih lebih lagi dengan penampilan pelakon Datin Marlia Musa yang rasanya dah lama tak berlakon selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk M. Nasir.

Tumbiruo mengisahkan Legenda yang selama ini di anggap cuma cerita dogeng. Mahkluk yang dikatakan memiliki kesaktian untuk menguasai hutan. Dia ditakuti, dicaci. Sebenarnya Tombiruo adalah pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia namun sekaligus seorang yang terpaksa memikul tanggungjawab kerana memiliki kesaktian yang tidak dapat dikawalnya. sentiasa memakai topeng untuk menyembunyikan identitnya.

Apabila sebuah projek empangan mencetuskan beberapa insiden yang menyebabkan kematian ayahnya, Tombiruo yang penuh dendam memburu mereka yang bertanggung-jawab.

Tetapi akhirnya pemburu pula menjadi yang diburu. Tombiruo akan mengharungi satu pengembaraan yang penuh bahaya dan tragis, dan bersamanya mengenal erti persaudaraan, keluarga, dan cinta. Cuma dengan membuka hati dan menerima peranannya, Tombiruo akan dapat mengawal kuasanya dan mengalahkan musuh. Akhirnya dia akan menerima hak kelahiran sebagai Penunggu Rimba.

Bagi korang yang belum menonton filem ni.. Jangan lupa tonton ok! Nak2 lagi peminat abang sado Zul Ariffin la..

INILAH JENIS JENIS VAKSIN & TUJUAN IA DI BERIKAN KEPADA ANAK KITA

Sejak lahir kita sedia maklum seorang bayi akan di vaksinkan dengan suntik sampai berumur 2 tahun. Kemudian di sambung di beri vaksin semasa di sekolah. Tapi saya percaya ramai ibu bapa tidak tahu jenis vaksin yang di berikan & kenapa vaksin tersebut di berikan.

Saya ada terbaca perkongsian dari Facebook seorang jururawat Bel Nawhen yang saya rasa sangat baik untuk saya kongsikan dengan anda.

Untuk tidak tersalah menyampaikan fakta saya copy info..

Mengapa setiap vaksin diberi dan jenis penyakit yang dicegahnya.

Sebagai ibu, bakal ibu serta masyarakat di zaman teknologi masa kini. Mempunyai sedikit ilmu tentang anak-anak terutama vaksinasi yang diterima adalah digalakkan agar anda tahu adakah vaksinasi yang diberi betul mengikut jadual pemberian vaksin yang terkini.

* BCG – adalah Bacille Calmette-Guerin, ia merupakan vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.

* DTap – adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.

* DT – adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.

* Hib  – adalah Haemophilus Influenzae type B.

* MMR – adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.

* MR – adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.

* JE – adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.

* HPV- adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah

~Tibi (Tuberculosis):

Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.

~ Hepatitis B:

Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati

~ Difteria:

Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.

~ Pertussis (batuk kokol):

Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.

~ Tetanus:

Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.

~ Polio:

Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidak upayaan fizikal atau kematian.

~ Penyakit Hib:

Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglottis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

~ Measles (campak):

Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.

~ Mumps (beguk)

boleh mengakibatkan radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.

~ Rubella,

biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.

Saya kongsi cara cara suntikan serta lokasi untuk suntikan diberi;

BCG – Di bawah kulit lengan kiri
DTap/ HiB/ IPV – Suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau Lengan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun)
MMR – Di otot peha. (Umur 7 tahun, di lengan.)
HPV – Di otot lengan
ATT – Di otot lengan

Vaksin ni bertindak atas penyakit tertentu sahaja. Ia tidak bermakna satu jenis vaksin, semua penyakit termasuk penyakit ‘M’ pun boleh halang. Ia MENCEGAH penyakit tertentu sahaja mengikut jenis.

Kenapa Anak Demam Selepas Vaksin?

Anda perlu tahu, demam selepas pemberian vaksin adalah biasa kerana respon tubuh pada vaksin tersebut. Vaksin BUKAN nak cegah demam dan selsema.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua.

BAHAYA PEWANGI KERETA YANG MURAH DI PASARAN

Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta untuk memastikan kereta dalam keadaan berbau segar & menyenangkan salah satu cara menggunakan pewangi kereta.

Sekarang ni memang banyak pewangi kereta di jual.. ada yang berjenama ada yang tiada jenama. Memang ada beza antara yang berjenama seperti  Ambir pur dengan yang tiada jenama atau jenama yang tidak di kenali.

Memasang pewangi kereta juga boleh menyebabkan masalah kesihatan jika pewangi tersebut tiada pengiktirafan. Pastikan pewangi kereta ada ada  MSDS (Material Safety Data Sheet) untuk mengelakkan dari mengalami masalah kesihatan akibat dari pewangi kereta.

Kebanyakkan pewangi kereta yang murah & tiada jenama ini di kilangkan tanpa mematuhi ciri ciri serta standard pematuhan kimia yang di tetapkan. Di sebabkan itu mungkin memberi implikasi kepada kesihatan.

Jangan tak tahu pewangi tiruan yang mempunyai bahan kimia boleh menyebabkan kemandulan. Ini paling di takuti ramai orang.

Jadi kita ingin membeli pewangi kereta.. Pilih la dari jenama yang sememangnya sudah di kenali untuk mengelakkan anda menggunakan pewangi kereta yang berisiko memberi masalah pada kesihatan.

Semoga perkongsian ini memberi info berguna pada semua.

ADAKAH SELAMAT MELAKUKAN X-RAY KETIKA HAMIL?

saya rasa ramai yang tertanya tanya tentang perkara ini termasuk saya. Tadi saya terbaca dari perkongsian di Page Medical Mythbusters Malaysia tentang perkara ini. jadi saya copy paste untuk tidak tersalah menyampaikan fakta

Ramai yang bertanya adakah x-ray selamat dilakukan ketika hamil?

Tahukah anda, tanpa radiasi dari mesin X ray pun, kita memang dah terdedah kepada gelombang radiasi dari alam persekitaran kita.

Radiasi dari udara, tanah, air, permakanan terutamanya bila berada di dalam kereta, keretapi dan lebih-lebih lagi di dalam kapal terbang disebabkan radiasi kosmik dari angkasa. Radiasi dari alam persekitaran sukar dielakkan.

Dalam setiap kehamilan yang sihat, risiko mendapat kecacatan janin adalah 2%. Bermaksud dalam setiap 100 kehamilan tanpa apa-apa masalah, kami akan temui juga 2 bayi yang lahir dengan kecacatan, walaupun kehamilan itu adalah kehamilan yg tidak mempunyai apa-apa masalah.

Radiasi bergantung kepada jenis X-ray yang anda perlukan dan jumlah sebenar radiasi yang anda terima. Lebih tinggi tahap radiasi, lebih besarlah risikonya terhadap bayi. Kebanyakan X-ray seperti X-ray pergigian tidak mendedahkan bayi kepada tahap radiasi yang cukup tinggi sehingga boleh menyebabkan masalah.

Kekuatan X-ray diukur dalam unit rad. Rad ialah unit yang menunjukkan berapa banyak radiasi yang diserap oleh badan. Bayi dalam kandungan yang terdedah kepada lebih daripada 10 rad didapati berisiko tinggi mengalami masalah pembelajaran dan penglihatan.

Tetapi anda tidak perlu risau. Kebanyakan X-ray jauh lebih rendah daripada ini. Jarang sekali bagi X-ray mempunyai kekuatan lebih daripada lima rad.

Apakah tahap radiasi tertinggi yang dibenarkan kepada janin, untuk menentukan kesihatan janin tidak terjejas?

Jawapannya : 5 rad = 0.05 Sv = 50 mSv.

Jika ibu menerima radiasi 0.01 rad bila melakukan CXR, apakah radiasi yang sampai ke bayi dalam kandungan?

Jawapannya 0.07 mrad = 0.00007 rad. 
Jadi, 5 rad ialah bersamaan dengan ibu mendapat sebanyak 71 RIBU kali Xray ( lebih kurang)

Jika doktor anda merasakan bahawa X-ray diperlukan dalam situasi tertentu, jangan bimbang. Jumlah radiasi yang akan bayi anda terima tentu saja dalam lingkungan julat yang selamat. Pada hari ujian dilakukan, pastikan juru xray yang bertugas tahu bahawa anda sedang hamil supaya beliau boleh memberi perlindungan yang sesuai kepada anda.

Semua X-ray bahagian bawah dada dibuat dengan abdominal shielding untuk melindungi bayi dlm kandungan justeru itu, radiasi yang sampai ke bayi dlm kandungan adalah sedikit. Kalau xray pergigian, atau radiasi ke bahagian kepala ibu, tidak perlu abdominal shield, kepala dgn perut jauh.

Harus diingatkan berulang-ulang kali, tanpa pemeriksaan xray, mungkin rawatan dan diagnosis yg sepatutnya diberikan kepada ibu hamil tak dpt dilakukan. Doktor sendiri akan mempertimbangkan keperluan Xray itu.

Apa-apapun, kesihatan dan keselamatan ibu diutamakan berbanding bayi dalam kandungan.

Tiada ibu, tiada bayi

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi 
Kementerian Kesihatan Malaysia

Semoga perkongsian ini memberi info & manafaat kepada semua. Untuk mendapat info kesihatan boleh follow Page di Facebook Medical Mythbusters Malaysia