Masaalah Keputihan – Penawar keputihan dengan Buah KK
Isu dan masaalah keputihan ni paling banyak mendapat view di blog saya , Terima kasih kepada awak-awak yang datang membaca , namun di dalam artikel tersebut saya hanya berkongsi info. Maaf sekali lagi , sejak artikel tersebut di tulis di dalam blog ini , ianya telah pun memakan masa bertahun-tahun. Mungkin anda tercari – cari cara terkini untuk merawat keputihan cara tradisional ini..
Tetapi saya sendiri telah pun menemui herba yang sangat membantu di dalam merawat / mengurangkan / menghilangkan keputihan , ianya adalah BUAH KK.
PJJ – Perkahwinan Jarak Jauh Yang Ditakuti
CUTI TAHUN BARU CINA 2015
Review : ARANDA NOVA HOTEL CAMERON HIGHLANDS
REVIEW SUKA HATI , TIADA BAYARAN DI TERIMA UNTUK REVIEW INI. Ini adalah entri sambungan dari entri FAMILY TRAVEL ke Cameron Highlands tempoh hari. ( boleh klik jika belum baca ) Semasa kami sekeluarga berada di Cameron Highlands tempoh hari , saya dan suami membuat keputusan untuk tinggal selama 3 hari 2 malam. Semasa sebelum bertolak ke Cameron Highlands dah jenuh kami search di google untuk melihat review dan mencari hotel apa yang sesuai namun tak dapat jawapan. Kemudian terpaksa lah kami ke Cameron Highlands itu sendiri dan melihat lihat hotel sendiri. Keadaaan jalan yang agak sempit dan banyak pula kenderaan meyukarkan pencarian , di tambah lagi hujan renyai-renyai , ada juga terseremak tiga tempat pasar malam. Hari pun semakin gelap. Jadi kami terus buat keputusan untuk masuk ke kawasan HOTEL ARANDA NOVA ini dan terus bertanyakan kekosogan bilik.
ALLHAMDULILLAH .. masih ada bilik , tetapi hanya bilik berstatus suite. Tetapi harga nya tidak lah mahal. Masih di bawah RM200 semalam.
Ini adalah gambar pemandangan dari bilik hotel. Hotel ini masih baru lagi. Ya memang agak kecewa melihat pemandangan sebegini rupa.
Semasa kami sekeluarga sampai cuaca agak mendung , hujan renyai – renyai ..dan sejuk sangat .. tapi apa yang megejutkan di hotel kami tak ada aircond , cuma ada kipas syiling di bahagian ruang tamu .. di dalam bilik berkaca tu tak ada apa-apa kipas mahupun penghawa dingin. Tetapi masih sejuk sehingga ke tulang.
Saya masih belum berani membiarkan anak tidur di bilik berasigan. Jadi semua anak akan tidur di dalam satu bilik. Cuma minta tambah bantal dan selimut. Di Hotel ARANDA NOVA ini mengenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Satu selimut RM20 , Sebiji bantal RM20. Sebenarnya tak pernah lagi ke mana-mana hotel dalam Malaysia ni yang kenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Serius…
Family Travel : Ke Cameron Highlands 3 hari 2 malam
Hi pembaca blog puanbee. Saya tahu walaupun jarang sangat update blog ni , ramai yang singgah membaca termasuk baca entri lama saya. Terima kasih sangat saya ucapkan buat kamu semua. Sekarang memang agak sibuk dengan hal keluarga dan bisnes suam – suam kuku tu. Cuti sekolah pada september lalu kami sekeluarga melawat Cameron Highlands , perjalanan kami kali ini tidak di rancang , spontan sahaja si ayah mengajak kami semua bersiap dan terus bertolak dari Taiping ke Cameron Highlands , perjalanan mengambil masa cuma 2 jam lebih.
Syamim dan ibu di KEA FARM – Kami tidak mengambil mana-mana pakej , terus terjah ke sana dan cari hotel. Agak susah hendak membuat pilihan hotel kerana terlalu banyak pilihan. Setelah penat pusing-pusing dari bawah bukit ke atas bukit dan menuruni bukit , naik semula ke tanah rata. Kami membuat pilihan untuk terus daftar masuk ke ARANDA NOVA HOTEL. Bagi kami , hotel ini sangat lengkap dan sesuai untuk famili yang ada ramai kanak-kanak seperti kami. Review akan di lakukan di dalam post lain.( review klik sini ) Al-maklumlah terlalu banyak gambar.
Saya suka konsep hiasan begini , terasa jika satu hari nanti di takdirkan saya berpindah dan tinggal di rumah yang ada sedikit tanah , boleh lah bercucuk tanam macam ni.
Pasang Streamyx Akhirnya (3 November 2014)
Akhirnya , Streamyx menjadi pilihan , saya mengalah dengan keadaan , hampir setahun menyepi kerana line internet asyik meragam , saya pengguna YES sebelum ini , dari pakej paling bawah saya langgan pakej paling mahal , namun hasilnya ? mengecewakan. Semakin hari semakin teruk , seingat saya semasa mula-mula melanggan internet YES dahulu , line bagus , data pun tak cepat habis. Sekarang .. Teruk sangat .. lagi tinggi kuota data yang di langgan , lagi cepat habis dan saya perlu topup data berulang kali , ye la .. saya perlukan internet untuk bisnes kecil-kecilan dari rumah dan juga update blog tak seberapa ni.
Setelah membuat kajian terperinci , dan menyiasat sama ada di kawasan rumah saya boleh atau tidak jika ingin pasang UNIFI , tetapi hampa .. Memang tak ada Unifi walaupun rumah di tengah bandar .. 30 minit ke KLCC. Gah sangat bunyi nya kan ? Padahal …. Apa pun terima kasih di ucapkan kepada blogger shakiddo.com kerana melayan pertanyaan saya.
Sakit bahu , urat belikat dan bahagian belakang
Sejak akhir-akhir ni , prestasi saya sebagai ibu dan pekerja di rumah amat-amat merosot. Seingat saya … semasa mengandungkan syamim ( anak bongsu yang kini berumur 11 bulan ) selalu sangat sakit bahagian belakang , ingatkan ianya gejala biasa ibu mengandung , mana tahu ke sakitan bersambung semula setelah syamim di lahirkan dan berumur sekitar 6 bulan.
Sakit urat belikat bukan lah satu sakit yang boleh di buat main. Rasa nak sekeh orang ja .. duduk pun sakit. Terasa nak baring sahaja. Tetapi .. mana ada ibu beranak kan 4 orang anak yang masih kecil dapat baring 24 jam sepanjang hari. Lagi-lagi orang macam saya , seorang isteri yang berjauhan dengan suami dan menguruskan empat orang anak sendiri.
Cara Langgan Broadband Altel
#MYCyberSale 2014 : Promosi hebat dari Nile.com.my
MyCyberSale akan bermula pada 29 September – 1 Oktober 2014 ,bagi mereka yang masih samar-sama , apa itu MyCyberSale ianya adalah kempen membeli-belah dalam talian.
MyCyberSale adalah sebuah program dari kerajaan Malaysia dan diterajui oleh MDeC (Perbadanan Pembangunan Multimedia) . Ianya adalah berita yang sangat hebat buat peminat membeli belah secara online , anda dapat menikmati diskaun terhebat sehingga 90% diskaun untuk produk yang di tawarkan oleh mereka yang turut menyertai program ini.
Sempena MyCyberSale 2014, nile.com.my juga tidak ketinggalan menyertai program ini , bagi bersama-sama dengan kerajaan Malaysia.
Dipercayai mereka yang meyertai MYCyberSale akan memberi potongan harga terbaik di samping penghantaran percuma ( *bergantung kepada terma dan syarat )
Di bawah adalah senarai beberapa produk yang di turunkan harga dan anda boleh mendapatkan nya pada harga RM9.90 sahaja . Ingat program ini hanya berlangsung selama 3 hari dari 29 September-1 Oktober 2014, cepat dapatkan nya sekarang , sebelum anda terlepas … Gigit cari weh … sementara stok masih ada dalam masa 3 hari ini sahaja.