Tips mengurangkan sakit pinggang setelah duduk lama menjahit

Assalamualaikum dan hai semua .. apa khabar ? lama saya tak bersiaran kan , saya agak sibuk dengan order keluar masuk baju pra sekolah 2018. Fuh memang mendapat sambutan hangat .. testimoni banyakkk saya yang tak sempat update. Ya lah dengan tempahan jahitan pun banyak dan saya juga menanti hari nak besalin ni. Kalau ada masa memang saya tidur aje. Tapi ya lah .. letih pun kerja tetap jalan ya. Saya ni kerja tidak ber gaji bulanan , jadi tak boleh stop demi anak-anak tersayang. Suami saya masih belum dapat kerja laa .. huhuhu sadis.

Dugaan berbisnes macam-macam la hai .. menduga betui hati dan perasaan sensitif ibu mengandung .. haa tapi tak apa.. tetap cekal dan tabah demi mengharungi kehidupan gitu.

Tips mengurangkan sakit pinggang setelah duduk lama menjahit

Tips nya adalah , gunakan kerusi seperti di dalam gambar , ala-ala kerusi ceo di pejabat tu. Kerana kerusi jenis ini mempunya span tebal dan lapik belakang yang selesa dan sesuai dengan posture duduk. Kurang la lenguh.. bagi ibu mengandung .. hu hu hu toksah cakap la.. tak buat apa pun lenguh jugak. Tips ni mendapat feedback paling bagus di dalam group jahit yang saya join. Ramai tailor setuju dengan menggunakan kerusi jenis ini akan mengurangkan sakit pinggang dan tulang. Tukang jahit sepenuh masa kena jaga kesihatan juga ya ..

Kerja kerja juga , badan ni kalau tak sihat apa pun tak dapat dah. Ramai juga yang update emak dapat sakit saraf setelah sekian lama menjahit menggunakan mesin indstri tu kerana ada aliran elektrik di tapak penekan kaki tu. So tips dia sama ada balut segala tempat yang berhubung dengan kita , atau pun pakai selipar getah ketika menjahit.

Saya memang pakai dah selipar sekarang ni .. kaki selalu sakit la sejak2 mengandung ni. Kalau pakai selipar kurang sikit.Ayoyoyo sudah semakin tua ni. Macam-macam penyakit pula datang.

Okay lah .. nak tidur ..esok awal lagi dah kena pergi chekc-up perut .. waaaa ..2 minggu sekali dah sekarang.. bosan jugekkk .. tapi demi anak dalam kandungan kannnn ..

Nak beli baju pra ? tengok sini … tapi saya slow slow buat kerja , harap sabar yaaa ..

Open order baju PRA sekolah – Tshirt putih dan seluar sukan biru

 

Open order baju PRA sekolah – Tshirt putih dan seluar sukan biru

Dah beli baju-baju dan kelengkapan anak masuk ke sekolah ke ? saya masih belum beli apa-apa , baru beli kain untuk di jahitkan bat baju sekolah anak-anak. Tak ada anak masuk PRA atau Tahun 1 , jadi rilek lah . Saya nak open order baju sukan PRA sekolah atau anak – anak  tahun 1 akan pakai baju ni ( sementara nak dapat baju sukan ). Tshirt Putih berkolar , boleh order lengan pendek atau lengan panjang. Seluar track warna biru gelap. Ni pakaian standart lah tahun 2018. Kalau tak sempat beli di pasaraya beli lah dari kami. Kualiti di jami top top.

  • RM25 je per set LENGAN PENDEK
  • RM27 per set LENGAN PANJANG.

Seluar rm15
Baju putih lengan pendek rm10
Baju putih lengan panjang 12

** Untuk size 32 ke atas tambah RM2 dari harga sebenar

 

 

Kain putih nila
Tebal dan berkualiti dr segi jahitan dan kain.Tip top
Size 24 ke 30

kenapa kena beli dengan kami ?

Jahitan berkualiti dan kain pun berkualiti. Kemas dan selesa buat anak kita.

nak tak ? meh laa … beli 4 set ke atas percuma postage ke semenanjung. Kecuali sabah sarawak kena tambah RM5

beli 1 – 3 helai – postage rm8 sm / rm10 ss
beli 4- 6 helai  – postage rm10sm / rm13 ss
beli 6 – 10 helai  – postage rm15  sm / rm18  ss

kalau lebih : boleh tukar guna skynet atau citylink untuk banyak helai dan berat

 

Promosi beli 4 pasang  – postage FREE utk sm / RM 5 ss  ( TAMAT 1/1/2018 )

whatsapp pun boleh : 011-32095406

 

DIY : Ubahsuai tshirt ibu jadi tshirt anak

Assalamualaikum dan hai semua , kali ni nak share kalau rajin boleh lah ikut cara saya ni. Men DIY kan tshirt lama ibu yang memang dari beli tak pernah pakai dan jadikan tshirt anak. Dalam kes saya , saya jadikan tshirt syamim je , muat muat untuk baju dia je tuh.

Baju dah siap :

  • Bahagian leher saya gunakan ribbing , ribbing ni beli dah siap potong by set. Dijual oleh kawan di facebook. Boleh search nama fb dia Sarazam Othman. 
  • Cara pasang ribbing senang sangat jika nak di bandingkan nak buat  cara bias tu susah nak dapat kemas-kemas untuk newbie.
  • Ukuran baju , tekap sahaja baju anak. Tengok kedudukan yang sesuai. Untuk baju ni saya ambik logo tu dulu asingkan kemas2 . Bahagian yang tingal tu saya tekap lah dengan thsirt syamim yang masih besar dia pakai.
  • Untuk tangan boleh tekap atau buat sendiri sahaja.
  • Logo pasang siap-siap sebelum ikut step di bawah.
  • Cantum bahu dahulu.
  • Di ikuti tepi bawah ketiak.
  • Dan lengan.

tips jahit tshirt :

Guna tapak telfon dan mata jahitan 2.5. Setting tension jangan tegang sangat. Tu je .. insyallah menjadi.

Bahagian depan. Kalau anak besar sikit ambik je sekali leher tu . Tapi syamim kecik jadi saya buang leher buat baru. Kalau naka perempuan boleh buang lengan sahaja. Bahagian badan boleh buat bentuk A.

Bahagian belakang. Saya ambik logo kecik tu letak di lengan. Potong kemas – kemas sikit. Dan jahitkan dengan benang warna sama. Jadi tak nampak lah jahitan tampal kita tu.

Gambar di bawah. Nampak tak bekas saya tebuk. Atas kecik logo kecik. Tengan bawah tu bahagian body nya dan lengan. Saya ambik potongan dengan jahitan kelim bawah sekali. Jadi tak payah banyak kerja nak kelim kali ke dua kan

Jadi siap lah sehelai tshirt baru untuk syamim  hasil DIY . Lepas tu dia pakai sampa makan mangga masak ranum. Habis kotor .. tak sempat la ibu nak snap gambar cecantik.

Gitu

Ok la .. selamat malam .. esok pergi checkup di klinik ibu mengandung. Malam ni ada apa ya ? ada bunyik mercun pula.

Kebaya blouse moden

Assalamualaikum dan hai , saja nak share gambar kebaya blouse moden. Saya jahit baju sahaja. Kain dari customer. Customer tempah online. Untuk mereka yang bersaiz unik dan agak susah nak dapat size blouse yang di jual online cantik-cantik tu boleh lah tempah dengan saya. Saya tinggal di petaling jaya selangor. Customer yang menenmpah ni dari Johor. Dapatkan ukuran badan anda dan send ke saya sahaja.

Upah tidak lah mahal.Sepasang kebaya dengan kain RM60 , Baju sahaja RM30. Kalau ada linning atau lace harga lain lah. Kain sendiri ya.

Customer ini beli kain jenis cotton linen RM15 semeter secara online dan pos ke alamat saya. Siap je saya hantar semula dalam masa seminggu gitu. Saya perlukan 2 meter untuk design ini.

Apa yang di perlukan dalam pemaikaian kita ? fesyen sopan dan kain yang selesa. Kain cotton linen ni sumpah selesa , sejuk dan sedap di pakai walaupun cuaca panas.

Harga kain + upah macam mahal dari ready made , tapi sedap pakai dan tahan lama. Customade untuk kita. SPECIAL tuu .. tak ada yang sama dengan kita . Dan kita boleh cipta gaya tersendiri secara ekslusif . Hah gitu .. nak tempah boleh wahtsapp saya di 011-32095406 . Nama saya bee .. tak payah call puanbee ekkk. segan saya hahahhaha .. saya bukan siapa-siapa.