SENARAI FILEM SERAM TERBARU YANG SEDANG DI TAYANGKAN DI PAWAGAM

Filem seram memang antara genre yang ramai juga peminatnya. Sehingga ni kini rasanya filem seram masih mendapat sambutan. Walaupun lambakkan filem sains fiksyen yang lebih urban & nampak berteknologi sains yang tinggi tapi filem seram masih bertahan. Malah semakin banyak filem seram di keluarkan setiap tahun. Membuktikan filem seram adalah filem yang menjadi pilihan penonton

Bagi peminat filem bergenre Horror mesti teruja kan nak tahu filem apa yang sedang di tayangkan di pawagam sekarang. Antara filem seram yang sedang di tayangkan di pawagam Bulan oktober ni adalah..

Always Be With You

Merana daripada penyakit berbahaya, David hilang kawalan keretanya selepas memandu dalam keadaan mabuk. Pasangan suami isteri Sam dan Ah Si bernasib baik apabila berjaya mengelak kemalangan itu, tetapi Patrick bernasib malang apabila terbunuh dalam kemalangan itu. Secara kebetulan, Xiao Hung yang bertindak membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan terhempas pada kereta Patrick. Jimmy yang mahu melihat lokasi kemalangan kemudian telah dilanggar oleh sebuah trak. Selepas insiden itu, mereka yang terselamat mendapati diri mereka berdepan dengan kejadian-kejadian pelik dan menakutkan.

Bahasa: Kantonis
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Louis Koo, Julian Cheung, Charlene Choi, Charmaine Sheh, Gordon Lam
Pengarah: Herman Yau
Format: 2D

Haunted Hotel

Ketika bercuti di Malaysia, seorang pelancong China bersama rakannya mahu pergi ke Genting Highlands. Bagaimanapun, berikutan kekeliruan, mereka menginap di salah sebuah hotel paling berhantu di Asia. Selepas menyedari situasi seram mereka, mereka bersetuju untuk meninggalkan tempat itu, namun ia tidak semudah yang disangka.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: Inggeris / Melayu / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 19 Oktober 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 32 Minit
Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Pelakon: Sushar Manaying, Azman Hassan, Teddy Chin, Alvin Chong, Li Chuan
Pengarah: Ryon Lee
Format: 2D

Flatliners

Sekumpulan pelajar perubatan telah melakukan eksperimen tentang pengalaman `hampir mati` yang membabitkan tragedi lampau. Eksperimen itu kemudian telah menyebabkan nyawa mereka terancam.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Inggeris / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 18 Oktober 2017
Genre: Drama / Seram / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 50 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton, Kiersey Clemons
Pengarah: Niels Arden Oplev
Format: 2D, 2D D-BOX

Happy Death Day

Seorang wanita bernama Tree Gelbman mendapati dirinya mengulangi hari yang sama setiap hari, iaitu hari jadinya. Dalam setiap pengulangan, dia perlu merungkai siapa yang cuba membunuhnya dan mengapa.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine
Pengarah: Christopher Landon
Format: 2D

Escape Room

Untuk sambutan ulang tahun ke-30 Tyler, kekasihnya telah menempah tempat untuk mereka di Escape Room, di mana mereka dan tetamu mereka akan dikunci bersama dalam sebuah bilik dan mempunyai masa sejam untuk bekerjasama menyelesaikan teka-teki untuk keluar. Setiap teka-teki semakin sukar. Teka-teki juga semakin berbahaya dan bilik itu mula mengambil nyawa mereka seorang demi seorang. Mereka kini perlu bermain untuk terus hidup dan masa semakin suntuk.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017
Genre: Ngeri
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Evan Williams, Annabelle Stephenson, Elisabeth Hower, Billy Flynn
Pengarah: Will Wernick
Format: 2D

The Crucifixion

Susulan berita seorang paderi dipenjara kerana membunuh seorang rahib, wartawan penyiasatan Nicole Rawlins nekad untuk merungkai kebenaran. Walaupun disabitkan salah, namun paderi itu tetap dengan pendiriannya tidak bersalah dan berkata rahib itu mati ketika dia melakukan ritual pengusiran hantu. Kejadian aneh mula berlaku selepas Nicole bertemu dengannya, membuatkan mereka percaya paderi itu sudah kalah dalam pertarungan dengan syaitan.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017
Genre: Seram / Misteri / Ngeri
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Sophie Cookson, Corneliu Ulici, Brittany Ashworth
Pengarah: Xavier Gens
Format: 2D

Jadi kalau tak tahu nak tengok filem apa boleh survey dulu sebelum beli tiket.

RAMAI YANG TIDAK TAHU MAKSUD TOMBIRUO SELAIN NAMA WATAK ZUL ARIFFIN DALAM FILEM ITU

Masih di tayangkan di pawagam filem adaptasi dari novel karya  Ramlee Awang Murshid , Tombiruo. Dari review yang saya baca di media social ramai memuji filem ni. Saya sendiri belum berpeluang nak menonton jadi rasanya tak layak untuk memberi apa apa komen tapi bila majoriti berpuas hati selepas menonton, mungkin ia satu filem yang hebat.

Tertanya juga saya apa maksud Tombiruo ni. Adakah sekadar nama satu watak manusia atau ada maksud di sebaliknya. Jadi saya cuba google untuk cari informasi. Apa yang saya dapat Tombiruo ni sebenarnya berasal dari loghat bahasa orang keningau sabah yang membawa maksud hantu tapi dalam novel karya  Ramlee Awang Murshid ia membawa maksud sebagai ‘penunggu rimba’.

Antara pelakon yang membintangi filem hebat ni selain Zul Ariffin yang memegang watak utama sebagai Tombiruo @ Ejim.. Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondoluo, Dato’ M Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Faye Kusairi sebagai Salina dan Dynas Mokhtar sebagai Baizura.

Barisan pelakon juga tidak kurang hebat lebih lebih lagi dengan penampilan pelakon Datin Marlia Musa yang rasanya dah lama tak berlakon selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk M. Nasir.

Tumbiruo mengisahkan Legenda yang selama ini di anggap cuma cerita dogeng. Mahkluk yang dikatakan memiliki kesaktian untuk menguasai hutan. Dia ditakuti, dicaci. Sebenarnya Tombiruo adalah pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia namun sekaligus seorang yang terpaksa memikul tanggungjawab kerana memiliki kesaktian yang tidak dapat dikawalnya. sentiasa memakai topeng untuk menyembunyikan identitnya.

Apabila sebuah projek empangan mencetuskan beberapa insiden yang menyebabkan kematian ayahnya, Tombiruo yang penuh dendam memburu mereka yang bertanggung-jawab.

Tetapi akhirnya pemburu pula menjadi yang diburu. Tombiruo akan mengharungi satu pengembaraan yang penuh bahaya dan tragis, dan bersamanya mengenal erti persaudaraan, keluarga, dan cinta. Cuma dengan membuka hati dan menerima peranannya, Tombiruo akan dapat mengawal kuasanya dan mengalahkan musuh. Akhirnya dia akan menerima hak kelahiran sebagai Penunggu Rimba.

Bagi korang yang belum menonton filem ni.. Jangan lupa tonton ok! Nak2 lagi peminat abang sado Zul Ariffin la..

MR HIJAB KISAH LELAKI BERGELUMANG DENGAN DUNIA TUDUNG

Salam peminat drama melayu. Pasti ramai yang tertunggu drama terbaru yang bakal di tayangkan di TV3 dalam slot IRIS. Drama yang menampilkan pelakon utamanya, Sharnaaz Ahmad yang dalam agak lama tidak muncul dalam drama drama terbaru di tv.

Sharnaaz Ahmad seorang pelakon yang tidak perlu di pertikaikan lagi mutu lakonannya walau sentiasa terpalit berbagai kontroversi. Antara lakonan terbaru selepas lama menyepikan diri adalah drama Mr Hijab.

Drama ni mengisahkan seorang lelaki penjual tudung. Kata Sharnaaz untuk drama ni dia terpaksa pakai tudung & menghafal jenis jenis tudung bagi menjayakan watak Mr Hijab ni. Ni baru namanya pelakon.. study watak yang bakal di bawa untuk menghidupkan watak tu. Bukan sekadar hafal skrip. Mesti lepas drama ni Sharnaaz tahu banyak jenis tudungkan?

Rasanya dah nampak iklan promo di TV3 tapi saya tak pasti bila akan mula tayangan drama ni. Apapun agak menarik untuk di tonton kalau di lihat dari barisan pelakon yang sememangnya hebat.

Antara pelakon yang menjayakan  adalah Sharnaaz Ahmad sebagai Rem, Nabila Huda sebagai Fazira, Didie Alias sebagai Datin Lela, Sharifah Shakinah sebagai Luna, Shiqin Kamal, Hafiz Hamidun, Wan Sharmilla, Khatijah Tan dan Datin Fadzillah Mansur

Drama ni bergenre romantik/komedi jadi memang tak berat sangat. Boleh tonton tanpa rasa stress. Ditayangkan selaman 20 episod. Drama ni sepatutnya di tayangkan bulan puasa lepas mengikut dari apa yang saya baca di blog2 drama. Tapi tak tahu kenapa baru sekarang bakal di tayangkan.

TRANSIT TERAKHIR KISAH PEMANDU VAN JENAZAH YANG MENGALAMI BERBAGAI PENGALAMAN PELIK

Siapa yang rajin tengok tv mungkin perasan.. Dah mula di tayangkan iklan promo telefilem untuk slot cerekarama TV3 tayangan 7 oktober. Tertarik dengan tajuk & promo yang di tayangkan.. Saya membayangkan cerita ini agak berat & agak menarik untuk di tonton.

Saya cuba cari sinopsis drama ni tapi belum ada tapi dari iklan promo di tv3 ia mengisahkan seorang pemandu van jenazah yang mungkin mengalami berbagai pengalaman pelik sepanjang menguruskan jenazah untuk di kebumikan.

Mungkin banyak pengajaran yang bakal kita dapat dalam telefilem arahan hebat pelakon juga pengarah Ellie Suriaty. Mesej yang nak di sampaikan mungkin lebih kepada umat Islam khususnya untuk sentiasa bersedia menghadapi kematian. Dosa dosa kita di dunia tak mustahil akan di aibkan ketika kita meninggal dunia. Tu dari jangkaan saya menonton iklan promo di TV3

Nak tahu apa kisah di sebalik Telefilem Transit terakhir ni jangan lupa menonton 7 oktober jam 9.00 malam di tv3 nanti.