Potong line streamyx , Langkah penjimatan kos
Assalamualaikum , Hai … apa khabar semua ? hee berita gembira kat korang , sekarang potong streamyx boleh bagi alasan langkah penjimatan kos tau. Saya sebenarnya malas nak register baru di rumah sewa baru , jadi potong saja lah. Salah satu sebab nya nak jimat kos juga lah. Sekarang semua mahal lah. Terasa betul. Tetapi ..
Semasa nak potong line saya pergi ke kaunter TM Point , bil saya sebulan RM134. Tak sangka pula ye. Kalau kita nak potong sebab nak jimat pegawai tu offer kepada saya RM100 sebulan , jika saya nak teruskan langganan. Wah ! kalau tau dah lama buat. Jimat RM34 sebulan tau. Hurmm tapi dah lewat lah.
Lepas potong TM Streamyx , pergi langgan u-mobile hero pakej pulak. RM98 sebulan. Tukar nombor yang sama dari tunetalk ke umobile. Tunetalk pun bukan elok sangat. Line internet laju tapi kalau nak bercakap macam dalam gua. Walaupun tunetalk sebenarnya best. Topup RM30 dapat percuma 1gb data. Topup RM50 dapat percuma 1.5gb data. Tetapi .. saya jarang call orang. Semua whatapp saja. Call mak pakai telefon rumah.
Itu dulu , sekarang kena call mak guna mobile lah. Lagi pun takpe sebab umobile bagi unlimited call ke mana-mana nombor.
So saya jimat
RM134 + RM30 – RM98 = RM 66