Syukur ada tesco online zaman sekarang , ianya memudahkan .. sebelum ni saya memang pelanggan setia tesco. Perut memboyot dengan tiga orang anak pun terjah ke tesco untuk beli barang. Tetapi sejak baby nombor empat di lahirkan terasa seolah tak cukup tangan dan tenaga lagi nak pergi shopping. Bukan maksudnya saya tak boleh pergi shopping …. no no .. saya tetap ke tesco tapi cuma tak beli barang berat-berat , contohnya berasa 10 kilo. Minyak 3 kilo. Sabun 8 kilo tu. Weiii berat .. mana larat nak angkat naik ke tingkat 4 semua barang tu sambil dukung baby. Shopping di tesco online benda berat-berat sahaja. Barangan lain saya tetap pergi ke tesco sendiri.
Ada kawan tanya .. macam mana nak shopping di tesco online. Saya cuma tunjukkan secara ringkas. Tak faham tanya je lah di komen tu tak pun di facebook saya ye. Teruskan menjawab soalan macam mana nak shooping di tesco online.
Klik pada “ sign in or register “
Dan register ( daftar untuk pertama kali dengan menggunakan email anda.) Semasa daftar isikan borang yang di sediakan , alamat , no telefon , no kad ahli tesco jika ada.
Dah daftar .. boleh terus shopping … jangan lupa tengok email untuk verified sekali ye. Pilih lah barang yang korang nak . Kemudian klik pada ” view full trolley “ Kemudian akan terpapar seperti di dalam gambar di bawah. Alamat penghantaran di sebelah kanan. Klik ” checkout ” dan ikut sahaja arahan yang di paparkan.
Oh ye .. jangan lupa pilih tarikh yang sesuai untuk penghantaran. Cas penghantaran RM10 . Saya rela bayar cas ini. Tapi mulai 1 mac 2014 , tesco tidak akan mengenakan cas untuk pembelian melebih RM150 ke atas. Yes !!!! i like . jimat lagi duit saya. Hehe..
Semasa barang hendak di hantar , driver penghantar barang tesco akan call dulu. Dalam kes saya kelmarin , saya set masa dalam jam 4 petang , barang sampai 3.30 pm , dia call saya dan saya di luar . Cuba teka .. dia tunggu .. 🙂
Kemudian semasa saya beli , saya ada order minyak 10kg jenama Alif , Pekerja tesco cakap jenama tu tak ada dia gantikan dengan minyak jenama pilihan tesco. So saya tak nak . Takpe boleh cancel minyak tu. Kan bagus gitu.
Pembayaran di lakukan di depan pintu rumah menggunakan kad debit , boleh juga guna kad kredit. Saya guna kad debit saja. Tak boleh bayar guna tunai.
Yang paling best tingkat berapa pun diorang hantar. Terbaik lah …
Ini bukan entri berbayar .. siapa nak bayar blog tak glemer gini .. Ini entri sekadar perkongsian. Ada orang cakap .. siapa yang suka beli online ni pemalas. Wei ada banyak faktor kenapa nak beli online tau.
” Masing-masing ada bahagian masing-masing. Awak tak duduk di dalam kasut orang tu , awak mana tahu .. tahu cakap je ! “
Untuk shopping online sila ke : http://eshop.tesco.com.my/
Untuk check area terlibat , sila ke : http://www.tesco.com.my/eshop/html/Check-Service-Availability.aspx
Lepas ni terasa nak beli kasut sekolah di bata online pulak. Pergi kedai bata asyik tak de stok dan menyakitkan hati dengan pekerja. Haishh ..
Tesco pun ada perniagaan online rupanya. baru tahu..
dah setahun rasanya tp utk kawasan terpilih
Emm seronok la ada online..tak ada masalah jauh lagi lah lepas ni..hehe..
Waahh!! Very convenient. Siap boleh pilih masa delivery 😀
Caj RM 10 adalah berbaloi compare kepada masa yang dihabiskan untuk bersiap keluar, cari parking kereta lagi, beratur nak bayar lagi 😛 Hehehe. Thanx for sharing! Sangat3 best
kan boleh lah shopping online je nanti
Senangkan.. takyah p tesco..
Thanks for the info..selama ni tak tau blh shopping online di tesco..thanks again for sharing….
wah!! seronok nya…lau semua pasar raya mcm ni.yg paling best pada meraka yg tak suka keluar.
waa…info yang hebat…bagusnyer…Alyn slalu p tesco..parking susah..tak payah la p tesco lagi kan…huuhuh…yessss
brg berat2 beli online p tesco window shoppinh sudah
Sis mcm mna sis sye kurang faham lagi cara tu
kad atm (means debit kad cimb leh tak) ke kena register cimb online dulu ke…
memang pakai kad debit / kredit .. online tk de pun takpe .. driver tu bawak alat utk swipe kad tu depan pintu. 🙂
baru ni asben saya ade cakap pasal ni…
pasni boleh la try…
erm…mmg bukan byr masa order kan? byr depan muka pintu…best2…
tq for sharing 🙂
aku kira advertorial ternyata review pengalaman sendiri nice tesco untung dapat review percuma
Saya sangat suka konsep Tesco ni.. Thanks for sharing.. Kalau tak, memang tak tau la gamaknya.. Hehe..
p/s: Bata pun ada online ke? =)
Bagus tuh, sangat memudahkan konsumen untuk berbelanja dengan nyaman.