Bimbing anak buat keputusan elak tertipu
SEMAKIN zaman bertambah moden, dianjurkan supaya ibu bapa mempertingkatkan prihatin dan ‘cemburu’ kepada anak mereka.
Penipuan dan penganiayaan mudah sekali berlaku ke atas anak dan jangan sesekali menyangka dia sudah berpelajaran tinggi, dia pandai membuat keputusan sendiri.
Hakikatnya, tanpa bimbingan sesiapa saja mudah tertipu tanpa mengira kelulusan atau taraf hidup mereka. Ketua Pengarah Pendidikan, Yayasan Takmir Pendidikan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mahyuddin Ashaari, berkata,
Allah berfirman di dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”
Ayat ini jelas menyatakan kepada kita tanggungjawab menjaga, memelihara, dan memastikan diri kita serta keluarga yang berada di bawah tanggungan kita terselamat daripada api neraka. Bukan sahaja menjaga daripada sudut ibadahnya sahaja, dalam soal memilih kerjaya serta mengenal pasti tempat dia bekerja, majikannya dan apa sahaja yang berkaitan menjadi tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.
Ia penting kerana kita tidak mahu anak kita terbabit dengan pekerjaan yang bukan sahaja menheret mereka ke jurang api neraka seperti rasuah, perjudian dan seumpamanya malah pekerjaan yang boleh mendatangkan mudarat kepada mereka.
Seperti yang disebutkan Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”
Kata Mahyuddin, menjadi kewajipan ibu bapa dalam mengenal pasti minat dan kerjaya pilihan anak mereka, supaya pilihan dan minat mereka seiring atau sejajar dengan kehendak syariat. “Jangan dipandang sudut imbuhan gajinya sahaja, tapi apa yang paling penting sama ada ia menepati kehendak syariat dan tidak mendatangkan mudarat kepada mereka,” katanya.
Ada yang mendakwa terkena pukau dan melakukan pengedaran atau membawa dadah itu tanpa disedari. Adakah ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak ada mengamalkan ayat pendinding? “Faktor terkena pukau mungkin ada kebenarannya tetapi mungkin juga tidak.
Ganjaran yang lumayan boleh menjadikan seseorang itu gelap mata dan tidak berfikir panjang dalam membuat sebarang keputusan. “Saya juga tidak menafikan kes jenayah hari ini ada menggunakan sihir dalam merealisasikan usaha jahat mereka.
Oleh itu Allah menyuruh kita untuk sentiasa meminta perlindungan dari-Nya seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Falaq ayat 4 yang bermaksud: “Dan daripada kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul.”
Kata Mahyuddin, menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak mereka mendirikan solat sejak berumur tujuh tahun lagi.
Ini kerana Allah ada menjelaskan di dalam Quran surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.” “Harapannya dengan solat yang didirikan itu bukan sahaja sebagai suatu kewajipan malah ia juga dappat menjauhi segala perkara atau pekerjaan keji yang boleh mendatangkan mudarat. Selain itu, latih anak sentiasa mengamalkan membaca ayat Qursi, al-Baqarah, tiga Qul serta mengamalkan zikir tertentu yang menjadi amalan Rasulullah dalam menghindarkan diri daripada gangguan sihir seperti yang terkandung di dalam himpunan zikir al-Mathurat,” katanya yang juga menegaskan ibu bapa jangan sesekali lewa.
Menurutnya, masyarakat harus ingat kehidupan sekarang di zaman fitnah iaitu zaman yang penuh dengan tipu daya. Maka ibu bapa perlu ada sifat cemburu dengan anak-anak. Tidak wajar sama sekali apabila soal mencari pekerjaan diserahkan bulat-bulat kepada mereka, asalkan gajinya lumayan ibu bapa pun tidak bertanya pekerjaannya.
Ibu bapa seharusnya masuk campur dalam urusan memilih pekerjaan anak-anak supaya mereka tidak tersalah pilih. “Tugas ibu bapa tidak berhenti setakat anak sudah mendapat pekerjaan tetapi harus dipantau dari semasa ke semasa, maklum darah muda, kena ada yang membimbing dan menegur mereka.
“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya dalam memantau perihal anak-anak kita pada orang lain dan mengharapkan anak-anak faham sendiri.
Tanggungjawab dalam memberi peringatan tertanggung di bahu ibu bapa. “Seandainya hendak keluar negara kita harus mengenalpasti tujuan sebenar, pihak yang mahu berurusan dan jika mendapat tawaran kerja, pastikan agensi yang menawarkan kerja itu adalah agensi yang berdaftar dengan kerajaan. “Banyak kes yang terjadi tujuannya tidak jelas dan orang yang berurusan itu pun tidak betul-betul dikenali, tetapi oleh kerana menjanjikan pulangan lumayan semua itu tidak dipedulikan, akhirnya mudarat yang menanti. “Jadi nasihat saya pada ibu bapa kenal pasti kerjaya pilihan anak dan buat anak-anak, jangan mengetepikan ibu bapa dalam membuat sebarang keputusan.”Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak adalah penting, supaya tidak ada sebarang perkara yang disorokkan oleh anak-anak kita.”Sentiasa bermusyawarah bersama anak-anak dan itupun dituntut dalam agama kita,” katanya.
salam..
amy datang membalas kunjungan , amy dah lame follow sini tq ye sudi follow amy..
yer amy macehh
jangan jadi mata duitan, bila anak bagi duit byk, ambil saja tanpa bertanya dari mana…
betul agak susah jadi ibu bapa kan tp itu lah bekalan kita nanti …
Budak zaman skang nak mengajar mereka kena penuh psikologi sbb mereka bukan mcm zaman kita dulu2 🙂
betul2 betul depa silap2 lagi bijak dr kita
kita cuba jadi ibubapa terbaik, anak2 amanah Allah.
dan saya tahu ummie baik .. saya nk belajar cara2 nak didik anak dr ibu cam ummie ni .. saya ni baran sikit huhu
cuma untuk tidak membantah pandangan anak2.. kalau asyik kemahuannya ditolak, next time dia takkan merujuk kepada kita lagi kalau nak buat apa2
ada benda yg boleh dibantah ada yg tak .. kena pertimbangkan lah baik dan buruk dulu