Assalamualaikum dan hai , Baca tajuk tu , tak tahu la nak letak gambar apa. Ibu malas letak gambar anak dara takut laris sangat. Lawak je .. Nak cerita la saat mendebarkan bila anak dara mula sakit perut sampai 4 hari ni. Risau juga. Bawa lah dia jumpa doktor.
Husna baru 10 tahun , badan besar macam anak dara . Berat dah 42kg. Saya mulakan bicara dengan sakit si husna ni lah. Saya pendekkan je lah . Sekali doktor cakap ” nak kata nak period awal lagi ” sambil pandang muka saya. Saya pun dengan spontan jawab ” eh tak kan dia dulu .. kakaknya 13 tahun pun belum lagi. “
Kakak nya dari umur 12 tahun duk siapkan pad ke hulu ke hilir , sebab kawan kawan dah period , dia belum lagi. Ni dah masuk 13 tahun pun belum lagi. Tak kan adik dulu kan.
Teringat dulu-dulu macam ni lah feeling nya. Tertanya-tanya bila turn kita , nak pula masa tu saya duduk asrama. Di asrama macam pesta bila datang period , syok laa sebab tak payah turun solat di surau. Boleh lepak – lepak sambil makan megi dengan kawan-kawan yang sama datang bulan , bangga tu bila tak boleh puasa. Lucu bila teringat.
Lepas tu balik rumah , whatsapp lah ayah dia .. doktor cakap pasal period.
Tau jawapan dia ?
” Hahahahah “
Lepas tu dia alih tajuk , tanya syamim.
Erkk apa reaksi ayah ni sebenarnya ? saya tak faham .. malu ke tak tau macam mana nak bincang hal anak ni. Ke tak patut bincang hal ni ? ke kena bincang ?
Saya keliru.
Sebab , saya dulu memang tak rasa kasih sayang Abah , Arwah abah meninggalkan kami masa kami 6 beradik kecil kecil.
Macam mana lah keadaan kalau anak sakit perut segugut , saya pun segugut jugak selalu naik angin masa tu. Mau belaga arah. Dah la jaga anak sorang-sorang. Dah la ada 3 anak dara. Dan saya masih boleh beranak. Awww .. tak dapat fikir dah. Cukup lah di sini saja.
Eh kalau di fikirkan serta merta takut. Husna sebenarnya ada kuman dalam air kencing dan kencing ada darah sikit. Dah dapat ubat antibitik dan lain-lain ubat. Yang penting MC , takut cikgu kata tak puas cuti pula. Heheh.
Semoga anak cepat sihat. Mesti risau
allhamdulillah selepas makan ubat dia dah ok
dah nak jd anak dara dah…seronok tengok anak membesarkan….
ps: mgkin ayahnya malu kot..hehe
HAI .. ibu lama tk nampak .. agaknya lah kan , org pulak duk jauh jarang2 jumpa anak
hihi. teringat plak masa first datang haid dulu