Beli topup melalui maybank2u + salah topup ke nombor lain = sadis

Dah 3 harisaya sakit perut , tak boleh bangun .. asyik terbaring dek kerana tak makan dan tak minum , asal makan sikit pun dah kena berlari ke bilik “rehat”. Mulut jadi pahit.. sadis … Di dalam mamai-mamai , saya hendak topup nombor celcom untuk memperbaharui broadband , oleh kerana line stremyx pun buat hal saja. Nak buka laptop terasa malas sangat-sangat bila line buat hal. Jadi kena renew broadband secepat mungkin , hilang la sikit perasaan boring tu.

salah topup secara online

Aku yang mamai

Buka maybank2u , tengok duit dah bertambah hasil pembayaran initty yeay! maka boleh lah topup RM30 ke no celcom. Saya pun memulakan proses top up online seperti biasa. Setelah dapat tac , masukkan no tac ke akaun maybank2u dan saya pun log out. Tunggu top up itu masuk .. tak masuk-masuk .. eh hairan sepatutnya boleh dapat sepantas kilat.

Buka balik maybank2u tengok apa yang silap .. yah saya silap .. no awalan sepatutnya 011 tetapi saya masukkan 010. Jadi topup itu telah pergi kemana saya tak tahu.

Step by step dapatkan balik duit kita

  • Saya cuba call no yang saya telah masukkan topup tersebut. Syukur tak ada orang guna no tersebut.
  • Saya call celcom dan bertanyakan di mana boleh saya dapatkan semula. Mereka cek tak ada orang guna , jadi boleh claim semula. Tetapi kena call maybank untuk menghentikan transaksi tersebut. Kalau ada orang guna , tak tahu juga kena minta balik dari orang yang guna la kot. RM30 tu banyak bagi saya.
  • Saya call maybank2u mengikut nombor yang di nyatakan di sms tac , rupanya salah jadi mereka minta saya call customer servis pula. Call customer servis dan tunggu beberapa step .. pilihan bahasa , pilihan perkhidmatan , pilihan jenis transaksi .. dan bla-bla ..
  • Setelah dapat bercakap dengan customer servis yang betul rupanya ..

Jika tiada nombor yang cik masukkan kredit itu di gunakan , maka jumlah transaksi tersebut akan di masukkan semula ke dalam akaun cik dalam masa 3-16 hari , jika dalam 16 hari cik tidak mendapat semula jumlah transaksi tersebut cik boleh hubungi kami semula untuk membuat laporan

Itu sahaja .. hasihh .. buat penat dan habis kredit call sana sini 😛 lain kali kalau kepala tengah ting tong macam ni jangan buat aktiviti berkaitan DUIT.

Sedikit info buat korang ..

  1. No khidmat pelanggan celcom : 23939
  2. Maybank : 03 – 58914744 (Jika kehilangan kad atau tiba2 ada orang guna akaun maybank2u anda)
  3. No khidmat pelanggan maybank : 1300 88 6688 (jika kehilangan kad , tukar no tel untuk tac atau kes macam saya 🙂 DLL)
News Reporter
Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

43 thoughts on “Beli topup melalui maybank2u + salah topup ke nombor lain = sadis

  1. ari ni uat top up guna maybank tapi tersilap satu dijit num …
    top up tu tak masuk dlm hanfon so macm mana nk dpt balik tu?
    nak naguis dah rm50 wey !!!! ada cara ke..

    1. kikikik yerrrrr bagus lar cm tu org guna num tu berbaloi .abahahha.
      weeeeiii mana blh dpt balik ni , kenap u tak gi kedai topup je senang..
      skrg dah rugi rm50 ….

        1. aplikasi apa ni tak pernah dengar langsung , topup je dengan agent top mcm i
          bagi lar cikit income lar adik , senang pun blh dpt on the spot n cepat ..
          pkl brapa nak topup pun i blh hantar topup kt u all ni ehhehehehhwe

          1. ahhahahahaha ishh ishh ishhh ,
            sekarang mana ada org topup dengan agent , agent pun dah kurang dah lar kan ,
            guna boost app , ada macam2 benefits dah wey , ada voucher ada free reload
            try la

          1. yes ka , btol sbb i pun dah guna dah lama pun mmg senang ,
            takya susah nak keluar malam 2 ,kalau hujan pun boleh topup kt rumah …
            even sometimes mak minta topup i bkh topup dari kolej i je so senang lar

        2. wey skrg kan boost app ada offertopup 5 dpt 5 ringgit
          lagi blh dpt voucger smua so blh lar bagi kt kawan2 smua aklau bday ke mcm tu
          cuba je tgk , bary blh taw mcm mana

    2. wuahwuahwuha rugi nyer rm50 , tu lar suruh uols gi topup kt kedai better
      no need risau pasal smua ni tengok sekarang dah rugi duit tu , apa uols tak suka nak pergi kedai topup ,kalau boleh beli je lar kad topup banyak sekaligus

    3. hi uolas thanks bagi infor tentang boost aplikasi ,
      nanti akka dah balik rumah download applikasi tu ,
      nampak mcm menarik je infor smua boost app

  2. Bru lepas col mbank n celcom. Kena tgu 14hr huu rasanya x salah kalo dorg tlis siap2 kt website duit akan rfund in 14days .xpyah nk hbis kdt col dorg

    1. susah je nak topup mcm ni ,download lar boost app .
      blh topup dengan cepat , kalau tak sempat nak keluar puun blh topup dekat mana2 , nytime takde extra2 charges juga wey …

      1. wu yeaar , yg ni pun kena masuk 16 digit ke apa or reload mcm boleh masok pop sekali mcm dekat kedai key hp num blh dpt topup sbb kadang2 malas nak topup guna kad tambah nilai ari tu tersilap masok 1 num 3 kali kena blocked dah col n unblocked balik … -.-

  3. kalau instant top up mmg nak kena belek no tu berulang kali, takut
    tapi selalu top up guna no pin, takut kes mcm ni lah
    kak jie ni rabun sikit, takut typo tulis nombor tel
    nasib baik dpt balik, walau pun lambat

  4. Ooo boleh jugak mcm ni yer..hehe..tu la lain kali sebelum wak kerja basuh muka dulu..bangun senam2 dulu..kena cirit birit ke PB?kesian..nak melawat jauh..hahaha

  5. Memang kekadang agak merumitkan nak dapat cakap dengan pihak bank, proses diorang memakan masa yg lama..

    Rasanya Bee call depa dok tunggu pun ntah dah makan kredit RM30 pe…hehee

  6. nasib baik tak rm300 ke.. tapi salah masuk nombor telefon tak ape. ni masa tyka kerja MBSA, public salah masuk no acc. memang salah public… tapi boleh nak salahkan kita sebab no acc panjang sangat.. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *