Beli mesin jahit online – Brother Fs101

Assalamualaikum. Hari ni nak gebang lagi. Boleh percaya ke beli mesin jahit online ni ? yes .. kalau kita cari peniaga yang jujur betul betul.

Saya beli mesin jahit online kerana saya tak sempat keluar beli. Saya dah survey ..dan saya sendiri dah tahu guna mesin tu. Untuk awak awak kalau belum tahun guna mesin tu di nasihatkan beli di kedai ya. Sebab nya nanti akan di ajar cara guna. Kalau dah tahu guna tak kisah sangat beli saja lah secara online.
Saya dah ada mesin industri. Tapi saya perlukan mesin portable ni untuk jahit lubang butang. Biasanya saya bawa ke kedai untuk jahit lubang butang. Tapi nak jadikan cerita raya kelmarin. Satu kedai pun tak nak ambik dan tak nak buat lubang butang tu. Semua bz katanya. Satu sungai buloh ni saya pusing cari kedai. Buang masa dan tenaga ja. Jadi lepas raya saya beli lah sebiji. Tapi guna duit husband hehehehe ..

So mesin pilihan saya kali ini adalah jenama Brother model Fs101. Harga nya RM1200 dan dapat set tapak berharga RM95 secara percuma. Saya dah survey Mana-mana tempat pun harga lebih kurang sahaja RM1200 tu dan hanya kedai ini yang ada set percuma tapak tu. Penting juga ni tapak ni.

Lagi pun .. peniaga nya sangat friendly. Saya tengok iklan dia di facebook dan shoppe pun ada. Tapi saya beli melalui whatsapp saja lah. Sebab pernah dah berborak dengan sis tu untuk beli mesin.
Point nya di sini. Sapa layan pelanggan dengan baik mesti pelanggan cari kan kan. Ada sorang tu selalu update status kenapa orang tak beli mesin dengan dia. Tak nak support melayu la bla bla.. tapi bila orang PM tanya harga dia tak layan oii.. Saya kecik hati. Jadi saya beli ja lah dari cina pun. Janji hati senang. Susah sangat.

Jadi nak beli di mana ? takut nak beli online ? jangan risau.. boleh beli dari kedai yang tertera dalam gambar di atas tu. Insyallah sampai dengan selamatnya. Ada waranty setahun dari Brother tu yang penting tu.

Next wish list mesin yang saya akan beli. Mesin jahit 4 benang industri ( tak kisah baru atau second ) Dan mesin jahit brother sulam terkini Nv850 rasanya. Waaaaaa banyak lagi duit kena kumpui.
 
 

Show 1 Comment

1 Comment

  1. geng dah kita bee…
    nis beli brother tapi takle secanggih bee punyaa… ala jeles plak. hahaha. xpernah lagi jahit lubang butang guna mesin jahit tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.