Anak minta ibu buatkan baju bendera Malaysia untuk sambutan kemerdekaan Negara Malaysia ke – 59 di sekolah mereka. Kesian dengar nya ibu buatkan lah walaupun sebenarnya masa sangat terhad. Si kakak aliya berulang pergi klinik , hospital dan lain lain.. letih rasanya.
Baju husna tu siapkan malam sebelum husna nak pakai. Memang terlentok lentok ibu menjahit nya. Dengan bangga anak-anak pakai siap bagi tahu semua orang ” ibu buatkan ” berbunga juga hati ku ini. That feeling .. hanya Allah s.w.t yang tahu.
Husna di dalam gambar atas , saya buatkan baju sahaja . Saja tambah sedikit ropol di bawah. Hehehe entahla .. saya ni memang jenis suka lain dari orang lain kot.Untuk diri sendiri ok lah merapu cipta design. Tapi untuk orang lain tak berani lah.
Laila yang di tengah tu. Baju kurung moden di selimpangkan bendera corak bintang. Sebab tak nak potong bintang tu kononnya dan bila laila jalan atas pentas nanti boleh lah buat gaya model. Mereka masuk pertandingan juga. Tapi pemenang belum di umumkan. Ada banyak kategori rasanya.
Sambil jalan , sambil kibarkan bendera tu uols.. Betapa semangat kemerdekaan terpancar. Awal bangun hari tu dan tak ada langsung adengan drama pagi buta. Sabar je lah anak-anak ..
Lepas tu ada anak sedara tempah baju kebaya bendera. Nanti maklang buatkan yeee …
Terima kasih kerana membaca .. syok lah hari ni … hihihihihi … tak tahu kenapa.
Cantik baju sempena sambutan Hari Merdeka.
terbaik… amal terus ilmu jahitan yer bee… insyaAllah lekat dlm memori
Wah, seragam ya baju ama bendera negaranya. Look so nice… 😉
cantik-cantik.warna merah tu yang jadi skirt yang cantik.
Untungnya ibu dia pandai menjahit..Bangga anak pakai baju Malaysia untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Sangat cantik & berjiwa patriotik…
Wow hebat ni 🙂