Baby Balm Tok Syed – Pilihan baby balm untuk bayi dan seisi keluarga

Posted by

Assalamualaikum dan hai semua , Baru sempat ya nak update blog. Entri khas untuk Baby Balm Tok Syed. Jadi .. baby saya belum keluar. Ini persediaan untuk menimang cahaya mata ke –  5. Barangan telah di beli sedikit demi sedikit. Tidak beberapa bulan je lagi. Berdebar juga walaupun kelahiran anak nombor 5.

Walaupun nama nya Baby Balm tetapi jangan risau semua ahli dalam rumah tu sesuai memakai balm ini. Saya dah cuba ke anak no-4 dan saya sendiri. Haaaa tak dan la baby keluar. Kena beli lebih nampak gayanya .

Saya gunakan balm ini ke atas syamim , anak no 4 semasa beliau selsema dan hidung agak tersumbat sikit. Sapukan ke hidung nya dan bahagian T muka semasa dan sebelum nak tidur. Berkesannnn.. Tak de la tidur tenganga susah nak nafas.

Saya biasalah .. orang mengandung selalu lenguh sana sini. Sapu ja untuk urut . Saya tak berapa suka minyak yang berbau kuat sangat. Kalau pakai di rumah okay lah. Cuba kau keluar rumah sapu minyak panas bau kaw kaw punya , macam orang dalam pantang bau nya. Cuba bayangkan .. haha .. jadi pilihan lain tak nak bau pelik-pelik nak urut kaki dan pinggang tu saya gunalah balm tok syed. Senang citer. Bau pun wangi dan fresh.

Tapi saya jarang keluar. Duduk dalam rumah je tetap tak berapa suka miyak bau kuat.

Kalau nak tengok macam mana rupa nya Baby Balm Tok Syed ni. Saya sediakan gambar besar-besar. Warna putih dan baunya lembut seperti ada bau lemon dan wangi. Macam mana nak bayangkan nih. Memang sedap baunya .. menyegarkan. Saya suka. Tak de lah bau menyucuk hidung tu.

Bahan di dalam Baby Balm Tok Syed 

Balm Bayi Tok Syed Berasaskan Bahan Semulajadi, Halal Lagi Suci Tanpa Paraben dan SLES Balm Bayi Tok Syed ni diformulasikan dengan 4 bahan semulajadi sebagai kandungan utama iaitu Beeswax (Lilin Lebah), Minyak Kelapa Dara, Minyak Bunga Matahari dan Pati Minyak Lavender. Kesemua empat-empat bahan utama ini mempunyai khasiat tersendiri yang membuatkan Balm Bayi Tok Syed ini mampu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat. Melalui beberapa peringkat R&D didapati keempat-empat bahan ini dapat memberikan kesan terbaik kepada pengguna.

Kenapa saya pilih Baby Balm Tok Syed ?

Oh saya tertarik dengan info yang balm ini tidak menggunakan bahan kimia SLES , Paraben dan sewaktu dengan nya. Saya mencari produk yang selamat dan terjamin kebersihan nya untuk bakal bayi saya nanti. Balm keluaran Tok Syed juga di kilangkan di kilang yang mempunyai GMP.

Tengok pakaging pun dah tahu kan. Boleh pos tak kan pecah atau rosak semasa dalam proses pengeposan tu.

Jangan lupa kalau dah beli Baby Balm Tok Syed ini , follow facebook mereka. Selalu ada CABUTAN BERTUAH uols. Menarik tau hadiah dia.

Hadiah Cabutan Bertuah & Pengedar

  1. 3X Loket Emas
  2. Galaxy Tab A With Pen Samsung
  3. Smartphone Mi A1 Android

Dah ada rasa nak beli ?

Bagaimana dengan harga ?

Harga RM80 sekotak
Kandungan 45gram
Nak beli klik link – Saya nak beli Baby Balm Tok Syed
Beli 3 bekas Baby Balm anda akan dapat harga RM65 satu bekas. Banyak tu kurang.. Boleh la saya beli pula.

Boleh like , follow dan pergi ke website Tok Syed sekarang.

Website Tok Syed 

Facebook 

NO. Telefon HQ : 0168262990

Senarai Stokis dan Pengedar Baby Balm Tok Syed

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *