Pernah susah , pernah senang , jatuh dan bangun.

Assalamualaikum dan hai .. Korang tahu perasaan orang yang tengah susah dan masaalah datang bertimpa-timpa ? Saya baru je rasa bersemangat hendak menjahit untuk cari duit cash bayar sewa rumah. Jujur saya cakap, niat nak cari duit hanya untuk bayar bil utiliti dan sewa rumah serta belanja anak-anak makan. Syarikat tempat suami bekerja ada krisis kewangan , tahun lepas selama 7 bulan berturut-turut dia tidak dpat gaji . Hutang kami banyak termasukklah bil-bil yang tertunggak. Dari bulan januari 2017 baharu lah gajinya dapat betul dan dabel-dabel tapi…

Review Mamteen : Makanan tambahan untuk ibu sedang hamil , ikhtiar hamil dan menyusu

Assalamualaikum dan hai semua , jadi saya dah cuba tablet Mamteen ni. Mamteen adalah makanan tambahan untuk ibu sedang hamil , ibu yang berikhtiar untuk hamil , ibu yang menyusu anak dan wanita yang mengalamai masaalah haid tidak teratur. Nak lah share disini. Saya cuba amalkan tablet Mamteen selama lebih kurang 2 minggu dah. Sekarang ni kandungan saya 18 minggu , dalam 16 minggu macam tu selalu kurang cergas lah banyak tidur. Tidur siang untuk ibu mengandung bukan tak bagus. Tapi habis la jadual semua lari ye. Masak…

Tips minum air gula ( ujian MGGT ) bagi ibu megandung.

Assalamualaikum dan hai. Nak kongsi sikit tips bagi ibu-ibu megandung yang perlu melakukan ujian MGGT iaitu minum air gula. Bagaimana cara nak minum air gula tu cepat-cepat tanpa rasa nak muntah. Saya sendiri dah pun mengandung anak ke-5 memang setiap anak saya perlu membuat ujian minum air gula ni memandangkan emak dan ayah saya sendiri penghidap kecing manis. Risiko tetap ada. MGGT atau (Modified glucose Tolerance Test) adalah satu prosedur yang melibatkan ibu-ibu mengandung untuk ujian mengesan bacaan gula dalam darah ibu. Mereka akan diminta untuk berpuasa…

Review : MYLARA SKINCARE 4-in-1 & HYDRO WHITENING ROSE PEELING GEL

Review : MYLARA SKINCARE 4-in-1 & HYDRO WHITENING ROSE PEELING GEL |  Assalamualaikum dan Hai semua ....  ececeh dah lama tak review produk skincare .. sebabnya muka den sejak 3 tahun lepas mengalami kerosakkan teruk. Mula-mula saya pakai produk skincare yang orang kata boleh rosakkan muka tu , pakai selama setahun lebih kurang. Muka okay glowing putih nampak remaja masa tu. Lepas tu pada tahun 2016 nak raya. Saya pergi buat waxing menggunakan lilin panas dan lepas tu muka rosak teruk.Mungkin di sebabkan skincare yang saya pakai…

Baju merdeka untuk Laila – 2017

Tahun 2017 ini , laila sorang je masuk pertandingan baju merdeka. Jadi ini tahun ke dua la saya jahitkan baju merdeka untuk anak ni ha.. Walaupun mood agak tiada tapi di usahakan untuk jahitkan baju ini. kemudian tiba hari pertandingan si laila demam panas. Dalam jam 11 macam tu Ustazah Najwa minta saya ambik sebab laila nampak tak larat sangat . Kemudian macam2 hal berlaku. Saya copy lah balik status fb saya , malas nak taip pula. " Remote keta tak boleh on siang td .... tak…

Bakal hadir nombor 5

Sebenarnya .. tak tahu nak ceritakan atau nak khabarkan bagaimana ..  gembira tetapi dalam masa yang sama aku tak bersedia langsung nak mengandung sembilan bulan sepuluh hari sekali lagi. Tak bersedia nak melalui situasi megandung tanpa suami disisi. Ianya amat menyedihkan. Walaupun nampak macam okay sahaja. Jauh di sudut hati aku selalu rasa sedih bila suami tak ada di saat – saat memerlukan.

Aku sebelum ni dah bertekad kalau nak mengandung pun biarlah suami dah balik kerja dekat-dekat. Tapi dah di takdirkan ” terlekat ”  pula. Syamim pun dah putus susu ibu setahun lebih. Hurmmm .. kelat rasa hati aku ni. Alahai ..

Dari kiri : Husna , syamim , laila dan aliya

Tapi fikir pula la sudt positif nya. Beranak ramai-ramai masa muda , badan tengah kuat bagus orang kata. Anak-anak yang lain dah besar , tak apa dah .. orang kata lagi. Aku sebanarnya tak pernah plan pun nak anak ramai.
Aku ?
Hrmm entah la .. dari raya memang mood kurang sikit nak buat apa pun , raya pun sikit-sikit je .. tak berminat. Lepas balik ke kl semula moody memanjang. Aku siap bergaduh dengan suami sampai tak tegur 2 minggu. Siap suruh dia ceraikan aku lagi. Punca nya memang sikit dan tak masuk akal. Aku tak nak keluar dari rumah. Nasib lah anak-anak pergi sekolah dekat je jalan kaki. Dan kalau perlu hantar laila pun , aliya boleh hantarkan. Kereta pancit selepas suami balik johor 2 minggu juga aku tk bawa ke bengkel untuk ganti tayar. Bayangkan ..

Tuan WAN NONG MUZAFAR – Ini Bisnes Bukan Propa ( IBBP2017)

Assalamualaikum dan hai.

Hai orang  sahabat .. dah bangun tidur ke belum ? 🙂

Akak dah bangun dah semalam. Semalam akak sempat lah jumpa dengan seseorang yang telah menjadi viral satu ketika dulu di The Vocket. Tajuk : 9 Perkara Saya Belajar Ketika Hampir Bankrap Akibat Berbisnes. Akak suka sangat dik … teruja sungguh. Maklumlah akak cita – cita nak jadi tukang jahit brjaya abad ini. Tapi tak tahu lah macam mana nak mula pun.

Jadi allhamdulillah , semalam akak telah di beri peluang bertemu dan bertentang mata dengan Tuan Wan Nong Muzafar. Pertemuan ini telah pun dapat membangunkan akak. Tuan Wan Nong Muzafar yang asalnya dari keluarga sederhana , belajar sampai keluar negara. Mempunyai banyak pengalaman dalam dunia bisnes kini berjaya hidup mewah senang , sampai duit banyak tak tau buat apa. Kalau dia boleh , kenapa kita tidak ?

Akak bukan nak mewah sangat dik .. Cukup la kalau akak dapat beli rumah , anak – anak pergi sambung belajar tanpa hutang. Boleh hulur duit denkat mak 2-3 ribu sebulan. sob sob sob .. belum mampu.

Ye lah kita tak belajar tinggi sangat. Tapi kita boleh belajar bisnes dengan orang yang ada PENGALAMAN dan telah terbukti. Tertimoni atas pengalaman Tuan Wan Nong Muzafar banyak. Bukan sedakar sifu pandai cakap sahaja ye. Hampir 2000 usahawan telah di latih oleh Syarikat ILM Legacy sendiri walaupun baru sahaja di tubuhkan pada tahun 2015. Sangat agresif. 

NIKMAT TIDUR

Assalamualaikum , selamat pagi. Wahh seronok nya pagi ni rasa segar bugar. Badan rasa sihat. Dah berapa hari tak sihat sakit kepala nyut nyut. Tak tahu kenapa , tapi mungkin dek kerana stress makan dan tidur tak menentu. Bila sakit tu terlentang je tak boleh buat apa. Badan dah bagi signal suruh rehat tetap berdegil. Sampai satu tahap tak tahan. Mata pun tak mampu nak buka. Di penghujung cerita saya dapat tidur awal seawal jam 10 malam . Dah berapa lama tak rasa nikmatnya tidur. Jam 2.30 pagi dah boleh bangun , cergas sambung menjahit. Masak sarapan untuk anak-anak. Badan dah lama tak rasa berpeluh kembali berpeluh segar. Masyallah. Nikmat yang dah lama saya tak rasa. Takde la lama sangat. Seminggu cuma . Tapi macam lama.. Tak sanggup.
Laila siap cakap , seronok bila ibu sihat macam ni. Saya hanya mampu senyum kelat. Maafkan ibu korang sedikit terabai bila ibu layan tak sihat ni. Saya siap dah la minta ampun dari suami melalui whatsapp kot kot tak lama hidup di muka bumi ini. Huhuhu.
Sakit itu “Dzikrullah”.
Sakit itu “Istighfar”.

Semoga terhapus lah dosa dosa. Amboi macam teruk sangat je.
disebabkan rasa sihat sangat.. maka terhasilah .. cucur bawang letak ubi kentang didadukan , cicah sos panas2 ..

Ayat di bawah copy dari status facebook sesorang , saya belajar tak tinggi sangat , tahu lah tidur tu Nikmat dari Allah. Cuma tak reti nak tafsir , tapi nak juga share. JANGAN KECAM AKAK.
Tidur merupakan salah satu nikmat dan rahmat Allah. Sebagai istirahat bagi tubuh agar esok dapat beraktiviti kembali.

Bila anak dara sakit perut

Assalamualaikum dan hai , Baca tajuk tu , tak tahu la nak letak gambar apa. Ibu malas letak gambar anak dara takut laris sangat. Lawak je .. Nak cerita la saat mendebarkan bila anak dara mula sakit perut sampai 4 hari ni. Risau juga. Bawa lah dia jumpa doktor. Husna baru 10 tahun , badan besar macam anak dara . Berat dah 42kg. Saya mulakan bicara dengan sakit si husna ni lah.  Saya pendekkan je lah . Sekali doktor cakap " nak kata nak period awal lagi…

Semakan keputusan SPM 2016/2017 melalui SMS

Assalamalaikum dan hai , Keputusan SPM 2016 akan keluar pada 16 Mac 2017 ini. Semua calon yang mendaftar SPM boleh mengambil keputusan SPM di sekolah masing - masing bermula 10 pagi. Selain pergi ke sekolah , calon SPM juga boleh membuat semakan keputusan SPM melalui SMS ( mySMS 15888). Perkhimatan mySMS akan di buka pada 16 mac 2017 pada jam 10 pagi , dan akan di tamatka pada 22 mac 2017 , jam 6 petang Cara untuk buat semakan keputusan SPM melalui sms adalah : Taip kan SPM…