OOTD ; Blouse muslimah labuh handmade by puanbee

Assalamualaikum dan hai ... saja lah nak upload blouse plussize puanbee tu. Bukan apa ya .. sekarang ni susah bebenor nak dapat baju size besar dengan harga yang sedang-sedang . Sekarang sejak pandai sikit jahit ni senang lah nak jahit sendiri kan. Patern tu ada di pinterest . Patern paling senang dan muda . Dua jam je siap. Bila umur semakin meningkat ni , saya lebih selesa pakai baju besar dan simple. Jadi fesyen ala bohomien yang tak seksi ni sesuai lah dengan saya . Sejuk dan…

Tips ajar anak berhenti pakai diapers , Kongsi dari pengalaman.

Assalamualaikum dan Hai , yang baca post tips ajar anak berhenti pakai diapers ini mesti lah ibu bapa yang baru nak ajar anak supaya pandai ke tandas dan tak perlu pakai diapers buat kali pertama kan  ? Allhamdulillah saya ada empat  orang anak dan ini kali pertama saya nak beri tips pengalaman ni rasanya. Sebab sebelum ni rasa macam tak layak je. Syamim 3 tahun 3 bulan baru berjaya betul-betul kencing dan buang air besar di tandas sendiri.  Malu nak cakap , anak cik kiah hujung sana tu dah…

Upin dan ipin jeng jeng jeng

Assalamualaikum dan hai. Ini entri bayar hutang . Saya ada hutang tak tulis pun pasal pergi tengok filem UPIN DAN IPIN JENG JENG JENG. Kami rakan blogger di jemput menonton beramai-ramai. Best tak upin dan ipin. Ermm dah lama malas nak review. Yang pasti anak suka la dapat jumpa maskot dan pemilik suara upin dan ipin itu. Apa pun tetap nak ucapkan TERIMA KASIH kepada pihak Les Copaque kerana memberi peluang kami sekeluarga menonton wayang. Maafkan kami tak sempat update entri sejurus selepas tengok filem. Agak sibuk…

Anak syurga

Satu petang tengah aku " melayan facebook " , ternampak satu ucapan berbaur romantik , bersahaja dan mungkin nada kerisauan di tambah dengan tujuan sebenar nak beri tahu keluarga dan rakan taulan tentang status terkini tentang kehamilan si isteri nya. " SaYang sanGat kAt ayAng...SeMoga dI perMudahkan seGala urUsan...kUatkan seMangat... " Maka mereka yang mengetahui maksud tersirat terus menitipkan doa di ruangan komen. Kali ini .. aku tidak lagi mampu terlalu menunjukkan rasa bahagia pada tahap paling tinggi. Tak mampu nak bersukaria. Di saat ada hati ibu…

Nasib baik dah pindah

Assalamualaikum dan hai. Sesungguhnya semua yang terjadi pada tahun 2016 ada hikmah nya. Hikmahnya boleh nampak sekarang. Ada banyak pengajaran yang saya dapat sepanjang di beri dugaan susah dan senang. Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi ujian dan dugaan kepada diriku ini. Tahun 2016 masa berlalu sangat pantas. Hidup di fokoskan mencari duit , suami isteri cari duit. TAPI duit entah kemana. Saya surirumah buat partime macam2. Duit habis ke minyak kereta. Pelajaran anak pun tak sebanyak duit minyak kereta. 2016 Kereta rosak berbulan sebulan anggaran kos…

Review : Lips scrub dan coffee scrub dari temyracle , 100% Homemade dan halal

Assalamualaikum dan hai.. Kali ni saya nak review produk Temyracle , produk homemade menggunakan bahan dari alam yang tidak merbahaya dan sesuai untuk mereka yang inginkan penjagaan kecantikan secara semulajadi tanpa bahan kimia , pewarna dan pengawet. Review pertama di tahun 2017 , rajin pulak saya membebel kan. Alah sekali sekala. Tetapi harap di ampunkan  saya mesti lah ada pelakon tambahan. Lifestyle saya yang bekeluarga ini tidak dapat di pisahkan. Apa yang best scrub ni ? boleh buat sendiri di rumah dan sangat menjimatkan dengan hasil yang…

DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima .

 
Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.
Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci  atau gantung gunting  atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?
Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.

Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah.

Realisasikan impian

Impian nak pindah rumah dah pun tercapai allhamdulillah . Tetapi . YA! ianya datang serentak dengan dugaan lain. Ini jalan yang Allah beri untuk diriku yang hina ini. Dugaan yang datang tersirat seribu satu pengajaran. Masa ini kita kenal erti "hitam putih kehidupan" , kita menyelami erti " rambut sama hitam hati lain lain " , kita belajar mengenali " mana duri , mana madu " . Diharapkan selepas ini ada sinar baru . Harap-harap usaha tidak separuh jalan. Harap-harap tercapailah apa yang di hajati. Insyallah. Status…

Syamim 3 tahun – 11.11.16

Assalamulaikum , syamim dah masuk 3 tahun pada 11.11.16. Cepat nya masa berlalu kan. Sekarang ni syamim masi lagi menyusu susu ibu. Tak mau air / susu lain. Bercakap agak pelat. Tetapi syamim menjadi anak paling romantik , paling sweet talking , paling pandai memuji orang. Pampers masih lagi pakai. Berapa hari dah cuba ceraikan pampers tu. Tapi budak dah cerdik , sendiri ambik pampers nak pakai . Selamat hari lahir anak ibu. Walaupun syamim selalu ngaku anak ayah je! Doa ibu .. tak ada lain ..…

Potong line streamyx , Langkah penjimatan kos

Assalamualaikum , Hai … apa khabar semua ? hee berita gembira kat korang , sekarang potong streamyx boleh bagi alasan langkah penjimatan kos tau. Saya sebenarnya malas nak register baru di rumah sewa baru , jadi potong saja lah. Salah satu sebab nya nak jimat kos juga lah. Sekarang semua mahal lah. Terasa betul. Tetapi ..

Semasa nak potong line saya pergi ke kaunter TM Point , bil saya sebulan RM134. Tak sangka pula ye. Kalau kita nak potong sebab nak jimat  pegawai tu offer kepada saya RM100 sebulan , jika saya nak teruskan langganan. Wah !  kalau tau dah lama buat. Jimat RM34 sebulan tau. Hurmm tapi dah lewat lah.potong-line-streamyx

Lepas potong TM Streamyx , pergi langgan u-mobile hero pakej pulak. RM98 sebulan. Tukar nombor yang sama dari tunetalk ke umobile. Tunetalk pun bukan elok sangat. Line internet laju tapi kalau nak bercakap macam dalam gua. Walaupun tunetalk sebenarnya best. Topup RM30 dapat percuma 1gb data. Topup RM50 dapat percuma 1.5gb data. Tetapi .. saya jarang call orang. Semua whatapp saja. Call mak pakai telefon rumah.

Itu dulu , sekarang kena call mak guna mobile lah. Lagi pun takpe sebab umobile bagi unlimited call ke mana-mana nombor.

So saya jimat

RM134 + RM30 – RM98 = RM 66