Asyik Tak Jadi jer…

Salam Bahagia Semua šŸ™‚

Hurm entah nasib bulan nih agak tak baik je…kena saman itu bee , tapi bee ada jugak gembiranya lah ..tapi banyak yang kiaorang plan tak jadi ..tak jadi ..tak jadi ..huhu

Mula-mula plan nak balik kampung , ada majlis kenduri kawin anak sedara kay , memang best dah call mak kat kampun bagai beri tahu kami nak balik , tup tup tak jadi coz kay ada dapat job nak pasang aircond 5 biji katanya …

Dah tu , tak pe lah ..bukan selalu jugak kay nak dapat job luar cam ni kebetulan time kay cuti tu tak de lah masa terluang gitu jer…tup tup bincang punya bincang dengan orang yang nak bagi job tu …dioarang tak dapat kata sepakat ..kay letak harga nih , orang tu nak kasi harga lebih rendah , kedudukan nak pasang air cond agak mencabar , kena panjat dan grill dinding , so kay letak harga up sikit , orang tu tak nak juga , so tak jadi lah kay buat job tu …

Dah kay tak jadi buat job tu , cuti 3 hari , kami plan nak pergi berkelah je kononnya ..kami dah pakat dengan kawan-kawan , adik beradik semua ..yang best depa semua tak nak masak..nak kan puanbee masak juga..so malam tu nak pergi beli barang masak sajian untuk piknik…dah plan nak masak ayam golek dan mee hun sup … dalam perjalanan nak beli barang tu , kereta bunyi lain macam , bau hangit datang dari depan…tekan minyak tapi tak de pick up langsung , lampu amaran pun dah menyala..nasib tak jauh dari rumah ..kami patah balik so perkelahan di batalkan sebab tukang masak tak pergi hua hua hua ..

tunggu tepi dulu , kereta rosak malam nk beli barang piknik .. kesian!!
tunggu tepi dulu , kereta rosak malam nk beli barang piknik .. kesian!!

Semua tak jadi lah minggu nih ..sudah nya duduk rumah..patah kaki beb kalau kereta rosak …kereta tu pun baru je servis , tukar minyak hitam bagai kenapa semput ? pelik kan..kena pulak time cuti cam nih tauke yang wat servis tu pun tutup kedainya …duk rumah ..layaannn..ada natijahnya tak balik kampung kalau balik kampung kereta rosak di highway ..tak ke lorat tu ? ish ish ish..segala apa yang berlaku ada natijahnya…

Show 28 Comments

28 Comments

  1. dugaan Puan Bee…kereta saya pun ke mekanik kerana kecuaian abang ipar…sedih tetapi redha sebab tuhan takkan uji lebih dari kemampuan kita…

    • bwtul lah tu redho..haa last ada kawan offer ajak merayap so merayap juga hr nih šŸ™‚

  2. ummiross

    nak wat macamana kan bee, ni lah yg dikatakan manusia hanya merancang, Allah yg menentukan..

  3. rohaya

    kata orang, kita hanya merancang tapi Allah jua Yang Menentukan setiap perancangan itu, apa yang mampu kita lakukan adalah terima dengan redha dan bersabar.

    • betul tu kak , sabar nih hehee tp buat jugak entri nk cerita satu dunia ekeke

  4. sabo yang. adat berketa gitu la kan. aku ni nnti coming soon akan begini gak..hikss šŸ˜€

    • hikss..cam tu lah zie..ko kalau dah kawin nanti semua cam aku jer lalal…

  5. kadang2 tu mmg ct tak suka plan awal2.kalau nak on the spot aje,kalau tak jadi mmg frust,hendaknya kalau janji dgn anak…

    • haa ni nak pergi jauh2 memang kena plan sbb tu kay tu p servis keta , lagi servis lg teruk pulak..

  6. mrs.yie

    asyik x jadi je ek..hehe..sabar je lah bee…x de rezeki lagi tu nak pegi mana2.. šŸ™‚

  7. hmm tak apa Bee, mungkin lain kali ada rezeki lebih besar menanti di depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.