About Me

puanbeeSiapa Puanbee ?

Assalamualaikum dan hai , Nama saya latifah bee. Anda semua boleh panggil bee. Berumur 32 tahun pada 2016. Saya dilahirkan pada  tahun 1984.Anak ke 2. Berasal dari Taiping Perak dan kini bermastautin dengan suami ( En Kay ) di Ampang Selangor. Puanbee mempunya 4 cahaya mata. Berusia 12 tahun (Aliya ) , 9 tahun (Husna) , 7 tahun ( Laila ) dan 3 tahun pada bulan november ini (Syamim). Puanbee bukan lah siapa-siapa. Hanya wanita biasa dengan kehidupan biasa tetapi amat komited dengan keluarganya.

Apakah pekerjaan Puanbee ?

Puanbee memegng jawatan sebagai Domestic Engineer sejak selepas melahirkan Laila.  Puanbee seorang yang sangat suka kan bisnes online. Jadi kini Puanbee membuka group emas 916 di facebook dan membuat ansuran emas.

Bagaimanakah blog Puanbee.com di wujudkan dan sejak bila ?

Puanbee mula menulis di blog platform blogspot iaitu Honeyvsbee.blogspot.com ( tak ujud dah ) pada ogos 2010. Kemudian selepas sebulan puanbee menggunakan domain puanbee.com dahulu. Kemudian puanbee menukar platform blog ke wordpress dan mula menggunakan domain serta hosting sendiri.Dari awal lagi puanbee menulis blog tentang pengalaman. Pengalaman seorang ibu dan suka duka di dalam melayari kehidupan. Ada kalanya keluh kesah yang tidak dapat di luahkan di alam nyata puanbee akan kongsikan di blog kesayangan ini.

puanbee catApakah hobi dan kegemaran puanbee ?

Puanbee seorang collector. Puanbee suka mengumpul duit lama dan. Puanbee sangat suka mengumpul barangan perhiasan dari batu seperti batu akik dan jade. Puanbee mempunyai minat yang mendalam terhadap baragan antik dan lama.

Kegemaran puanbee ialah melancong bersama keluarga apabila ada kelapangan dan RM. Selain itu puanbee suka mencuba sesuatu makanan yang lain dari lain. Atau makanan yang menjadi viral. Cuma masa agak terhad dengan jadual sekolah dan jadual kerja suami. Jadi aktiviti ni di jadikan aktiviti tahunan keluarga.

Puanbee juga sedang membela 2 ekor kura-kura sebagai hobi. Kucing juga puanbee suka. Oleh itu anda akan dapat sedikit info tentang kura-kura serta kucing di dalam blog ini.

Selain itu puanbee sangat sukakan menyertai contest atau giveaway jika ada kelapangan.

Adakah puanbee menerima tugasan review atau pengiklanan di blog ?

Ya , puanbee terima tugasan menulis review dan menulis iklan di blog. Harga boleh lah runding dengan puanbee sendiri. Review dan iklan yag di buat oleh puan bee adalah secara santai dari kaca mata seorang wanita , ibu dan pegguna produk sehari-hari. Contoh boleh tengok DISINI

Bagaimana cara untuk hubungi Puanbee ?

Anda boleh hubungi puanbee dengan mengisi borang INI 

ATAU terus email ke

Puanbeedotcom@gmail.com

whatsapp ; 011-32095406 Untuk perkara penting sahaja. 

 

 

 

41 Comments

  1. katon sumargi 28 February 2016 Reply
  2. Myrza 3 March 2013 Reply
  3. Asyrof Asri 13 February 2013 Reply
  4. senoipraaq 22 December 2012 Reply
  5. adam narzuan 17 December 2012 Reply
  6. AmiRini 3 December 2012 Reply
  7. Sabarita 22 November 2012 Reply
  8. LOLA 15 November 2012 Reply
  9. onlajer 19 June 2012 Reply
  10. Terbelog 27 May 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 May 2012 Reply
  11. saimmaahmad 8 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 March 2012 Reply
  12. apaajanews 5 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 7 January 2012 Reply
      • lili 9 February 2013 Reply
  13. sakinah 28 December 2011 Reply
    • puanbee 28 December 2011 Reply
  14. airneslobeng 2 December 2011 Reply
  15. puteri.sakura 30 November 2011 Reply
  16. Aisyahbee 13 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 13 November 2011 Reply
  17. Qaseh Gifts 24 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 24 October 2011 Reply
      • Susilawati 13 May 2016 Reply
  18. makdaraterdiva 17 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 17 October 2011 Reply
  19. shazlynn fazlynn 12 October 2011 Reply
  20. shazlynn fazlynn 12 October 2011 Reply
  21. chii 4 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 4 October 2011 Reply
  22. cik kiah 31 August 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 4 September 2011 Reply
  23. alif haris 18 August 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.