Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ?

Assalamualaikum dan hai , apa khabar semua para pembaca blog puanbee. Diharapkan kita semua sihat wal afiat dan sentiasa kuat semangat mendaki hari – hari yang mencabar di tahun 2022 ini kan ? Saya sendiri bisnes women pun terkesan tapi apa daya , hidup perlu di teruskan dan kita harus terus bersemangat menyusun strategi untuk bisnes kita demi mencari sesuap nasi untuk kita kan ? Semua barang dah naik harga wehh .. jangan kan telur , ayam , kain pun naik harga. Apa kata jom kita tengok apa pilihan yang ada di bawah yang hado ..

Bukan bahan mentah je , kain dan barang jahit pun naik harga , malahan besi-besi barang pembinaan pun. Eh semua lah.

Serba sedikit pengenalan tentang RICHWORKS

RICHWORKS Diasaskan oleh Dr Azizan Osman, Richworks telah berkembang menjadi sebuah organisasi penganjuran seminar terulung di Malaysia dalam masa 6 tahun. Mulai 2008, Richworks secara khususnya, menyediakan program-program berbentuk pendidikan .

Richworks juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan dikenali sebagai mentor kepada ramai usahawan Berjaya di Malaysia.

Bersama dengan DR AZIZAN Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. 

Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia. 

Ayuh celik mata kita ..

Jangan duk fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah ! Jom kita kenalpasti 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang bersama dengan Mentor Usahawan , Datuk Wira Dr Azizan Osman ada berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

Antara perkongsian Dr Azizan kongsikan pagi tadi ialah , Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Jumpa pemilik syarikat dan peniaga cina

Dr Azizan juga menyatakan beliau berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Itu company ye rakan-rakan , cina yang terkenal dengan kehebatan mereka di dalam dunia perniagaan juga mengeluh.

Dr Azizan juga menyatakan beliau sendiri sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Buat pertama kalinya Dr Azizan sendiri tidak tahu memberikan jawapan apa. Tetapi beliau sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan ‘mati’!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dengan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Betul sangat ni. Siapa setuju ? Memang kita yang berbisnes banyak berjimat cermat sekarang ni.

Mereka yang telah hadir seminar " Titanium "

Dr Azizan menyatakan ” Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk ‘mati’. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma ‘malas’ nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

Jika mahu membangunkan lagi perniagaan anda jom sertai Telegram Azizan Osman Official SEKARANG !!

LINK – https://bit.ly/vcdwdao

Pendapat peribadi puanbee

Ya saya sendiri mengakui apa yang di katakan oleh Dr Azizan , saya peniaga dan saya sedar saya harus mula membangunkan strategi yang sesuai dengan zaman yang mencabar ini. Saya tidak mahu bisnes saya “mati” begitu sahaja , bukan senang membuka dan membangunkan bisnes kita. Korang pun sama kan ? bagaimana untuk melakukan pemasaran yang lebih berkesan ? itu yang kita kena cari gali.

Sejak COVID – 19 melanda ke seluruh negara , saya agak sakit juga. Mana ada orang nak tempah baju lagi. Bagaimana dengan nasib peniaga yang mempunyai tanggungjawab lebih besar ? Jangan sesekali menyerah kalah. Ayuh kita bangun dan bersemangat lagi untuk berjaya di dalam apa jenis peniagaan yang di ceburi.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.