Jumprope menjadi pilihan untuk aktiviti kecergasan

Assalamualaikum dan hai semua , lama nya saya tak menulis di blog kan. Selepas pkpk kan. Saya mengubah cara hidup kepada yang lebih bermakna iaitu , add on aktiviti kecergasan di mana selama ini tidak pernah saya buat … atau berminat nak buat. Akhirnya , selepas dah beli basikal yang viral tu tapi jadi tempat sangkut sejadah. Saya beralih ke aktiviti jumprope. Allhamdulillah setakat ni belum rasa jemu. Malahan sehari tak lompat kerinduan rasanya.

Saya bermula dengan berat 106 kg . Kemudian dah turun sehingga sekarang 99.9 kg dan tak timbang lagi. Tapii tak kisah sebab inci loss banyak. Jadi saya memang tak kisah sangat dengan berat tu. Saya cuma nak kan rasa segar selepas bersenam tu je. Saya tak suka keluar rumah dan berpeluh di luar rumah. Pelik tapi benar. Saya sertakan berapa minit permulaan saya melompat sehingga lah 8/9 dalam list, sekarang masih buat. Tapi masih belum timbang dan buat list.

List aktiviti lompat seharian

Orang kata , aktiviti jumprope atau skipping ni adalah aktiviti yang paling menjimatkan. Tapi bila dah terjebak ada pulak group support kan. Omak aihh macam-macam nak di beli nya pulak. Jom tengok koleksi tali skipping atau tali untuk jumprope saya pulak.

WARNA HITAM : kali pertama beli jenis PVC dan ada kaunter berapa lompatan kita dah buat , Yang lain lain tu jenis beaded harga murah je dalam RM12-RM20 gitu beli di shoppee aje.

Tali hitam tu , tak lepas lompat , tak jadi dan asyik lah tersangkut , so ada baca baca di media social katanya elok pakai jenis beaded untuk newbie , Saya pun beli lah jenis beaded warna warni di atas , beli sekali 4 sebab untuk anak-anak sekali. Malas nak berebut (depa mengacau). Dan ya betul , lama juga guna jenis beaded di atas tu. Kemudian beralih ke beaded di bawah. Bezanya , beaded di atas plastik. Beaded di bawah getah.

Ni beaded jugak , Brand Sanguine yang di katakan brand ni kualiti lebih kurang Rush Atletic ( betul ke tidak ejaan saya ni ) dan harga separuh dari brand RA tu lah. RM75 beli di shopee jugak.

Lepas tu , orang kata brand sanguine ni best , lompat lebih smooth dan sesuai untuk mereka yang suka buat skill bebas gitu lah. Tak reti sangat saya ni pun. Dan saya beli. *Menangis tok laki tengok. Dan beaded sanguine ni jenis getah , berat sikit aje lah dari jenis beaded plastik. Beberapa perkara yang perlu di pertimbangkan , beaded getah lebih tahan dari plastik lah. Dan harga lah. Anak saya punya kalau perasan warna hijau di atas tu dah pecah handle nya , ganti dengan batang paip. Itulah bezanya dari segi barang berkuliti lebih mahal lah.

Ini pulak jenis WEIGHT ROPE , Semasa beli 700g lepas potong beratnya cuma tinggal 593g saja. Nak tahu kelebihan nya ? nanti next post lah kita cerita. Harga RM49 , beli direct dari seller CHINA. Mungkin ada harga lebih rendah atau lebih tinggi untuk tali yang sama.

Lepas tu , orang update . Pakai tali ringan kesan nya lebih banyak di bahagian bawah badan. Pakai tali berat boleh dapat kesan menyeluruh bahagian atas dan bawah badan. So di sebabkan saya ada perasan juga pinggul lebih banyak turun dari perut so saya beli lah tali berat pulak.

Nampak tak berapa banyak dah modal tu. Selain itu saya ada beli tikar getah untuk lompat , kasut , stokin dan jam untuk fitness.. lain kali saya cerita benda ni.

Panjang sangat post pun ada ke orang nak baca ?

Oklah.. Selepas jumprope banyak perubahan yang saya rasa pun di lain masa saya update. Kalau mood baik dan di izinkan Allah. Insyallah.

Nah belanja , lompatan pada 23/9/2021 . Semoga istiqomah. Amin.
Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.