Air Kuning di Perak
Air Hitam di Johor
Air Keroh di Melaka
Air Hangat di Langkawi
Air takde di Selangor ……
Bersabarlah rakyat selangor , saya ni dah lama duduk selangor walaupun asal dari perak , adalah 17 tahun gitu. Dah macam-macam lalui dari memboyot bawak anak tu dalam perut , sehingga anak tu dah besar dah berumur 7 tahun. Dulu pernah tulis di blog ni. Tapi sayang entri tu terpadam dah semasa blog kena virus. Tidak ka boleh mengimbau kembali.
Sepanjang musim covid ni , dari PKPD , PKPP dan sekarang PKPB kemain lagi kerap tak ada air. Rasa macam nak mintak jadual je. Jadual 6 bulan ke depan supaya dapat bersedia. Susah betul hidup di selangor ni. Walau serba serbi ada canggih dan senang cari “makan“. Tapi hati kena kental dikkkk..
Mai dok penang bee. Api air tak dak masalah.. Kos hidup pun rendah ja. heheh..
ya ka ? peneng pun rumah sama je mahal dgn selangor ni kan , ikut hati memang nak out dr selangor ni , tp tu lah tempat cari rezeki