Assalmualaikum , im backkkkkkkkk .. lama nya tak tulis blog. Rindunya.. sebelum ini busy sangat menjahit sampai tak pandang blog , lagi pun laptop rosak so memang tak ada mood lah nak menulis sebab tak boleh edit.
Jadi hikmah PKP , banyak nya yang terjadi & terbeli.Komputer set alah satunya. Jadi lepas ni , aku ada banyak benda nak share di blog. Dan mungkin akan buat video review sekali. Ada banyak lah. Harap blog ok selamanya. Terima kasih Mr Fardly tolong set up blog ni semula.Hangpa nak beli hosting murah boleh contact Mr Fardly , murah dan laju buat kerja. Nanti aku share di lain entry.
Allhamdulillah weii , aku salah seorang penerima Bantuan Geran Khas Perihatin. Syukur lah kerajaan bagi juga bantuan untuk golongan macam aku ni. Bisnes ada tapi jenis kais kais ni.
Aku ada ssm dan submit untuk TAX bermula 2019. Dah daftar pun tahun 2018. Rezeki lah nak dapat kan. Bantuan bsh dan bpn tu memang lah aku tak dapat. Sebab gaji suami tinggu sikit dr 4K katanya. Pastu bayar tax semasa gaji kayangan dulu. Mungkin la. Aku percaya setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya.
So aku nak expand bisnes aku bahagian sulam. Dah beli mesin sulam tapi bahan nak sulam tak lepas beli. Mahal tu barang projek sulam. Dan ya aku akan bagi duit sikit untuk suami aku guna repair kereta ke apa-apa ke. Kesian dia banyak duit dia keluar. Baik kan aku ???
Kecewa.
Aku kecewa. Bila ada yang menyalahkan orang lain dia tak dapat. Tak sempat mohon dan tak mohon. Dia kata dah apply bantuan apply diam-diam. Ada pulak yang kata dah mampu , senang , nak berjoli macam-macam tak payah lah mohon , ramai lagi yang susah yang layak mohon.
Aku bagi buah fikiran aku lah eh.
Macam ni , kalau kau layak tapi takmohon – tak dapat.
kalau kau tak layak , tapi mohon – tak dapat.
Di dalam dunia di landa wabak , kenapa masih ada orang yang tak cakna dengan apa yang terjadi di sekeliling. Zaman sekarang hampir semua orang ada TV dan Internet. Internet pun kerajaan dah bagi free. Macam mana boleh terlepas pandang info sebegini.
Habis salah ke orang yang mohon dan dapat ? aku dah share dah di fb , boleh ada yang jawab mungkin dia tak nampak dan info tk lalu di fb dia. Eh itu bukan salah aku. Macam mana nak cakap eh. Dia buat kita ni serba salah pulak dah.
Serba salah aku di buatnya.