Ogos

Ogos ni persiapan apa yang keluarga yang ada anak ramai bersekolah kawan-kawan ?

Untuk aku

Daftar anak ke tahun 1 dapatkan cop pengesahan di sekolah. Korang dah buat ke ? Last hujung bulan 9. – Syamim

Aku ada 2 orang anak yang akan ambik peperiksaan besar , UPSR dan PT3. Aku nampak rilek je tapi dalam hati ALLAH je tahu. Semoga ALLAH bantu anak-anak aku. Nak bg tuisyen duit tak berapa meriah. Jadi deme belajar lah sendiri2 saja. Moga di beri kesempatan merasa kejayaan ya anak-anak – Husna dan Aliya.

Dan aku dah mula nak beli kain untuk persiapan baju sekolah mereka di tahun depan. Kain sahaja dan aku akan jahit untuk mereka sendiri 3 perempuan. yang lelaki aku masih fikir nak jahit ke tidak uniform dia ngeh2. Kalau jahit boleh save duit. Lepas tu aku teringin juga nak merasa anak yang masuk ke sekolah lain. Harap ke husna saja lah. Mana lah tahu ada rezeki. Aliya aku cadang nak masukkan ke sekolah vokasional. Memandangkan dia suka kemahiran lebih dari belajar akedemik.Di kawasan aku duduk , agak merisaukan keadaan nya. Persekitaran tu. Ermmm risaulah. Biasalah parent kan. šŸ˜‰

Dan aku dah sentiasa pesan pada ayah mereka. Simpan duit untuk yuran sekolah anak tahun depan.Duit buku pun kena start simpan dah.

Aku sikit pun tak fikir nak raya haji. Duit jahitan aku tu aku memang guna untuk rolling bayar mesin tak habis2 lagi.

Tahun depan aku tak nak beli mesin jahit dah. Dah terlalu banyak duit keluar untuk mesin dan peralatan menjahit. Biar lah balik modal dulu. huhu.

Tahun depan 4 anak masuk ke sekolah

Belanja harian pun bertambah tu. waaawaaa tu lah beranak lagi ramai-ramai. Hahaha sendiri tanggung daaa

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.