Mendaftar anak masuk sekolah tahun 1 ( 2020 ) dan pra sekolah tahun ( 2019 )

Akhirnya … ibu dah ada line internet untuk mendafatra syamim ke PRA sekolah tahun 2019 serta daftar untuk masuk ke tahun 1 pada tahun 2020. Ya Ampun susah kemain tak ada internet yek. Nak update blog. Bayar bil , submit link ke client , update bisnes ibu.

Kewangan ibu tengah tenat-tenat sangat-sangat. Ayah dah kerja dengan orang tapi makan upah sikit je lah. Lepas tu kalau kereta tu ok boleh lah tangkap projek sendiri. Masaalahnya kereta pun sangkut macam-macam. Ibu pula kalau dapat menjahit banyak ok juga. Tapi dengan keadaan megandung dah masuk 38 minggu ini. Faham je lah kan.
Tapi tak apa. Masih bertahan dengan ekonomi sekarang. Anak cukup makan pakai walaupun tak mewah mana. Kita ajar anak kita bersederhana je lah kan. Dah tak mampu.
Br1m ? macam tak nampak bayang je. Samar-samar.
Tak kisah lah part tu.
Malas fikir banyak lorrrr…
Berbalik kepada permohonan kemasukkan anak ke sekolah pada tahun 2020 nanti. Bagi kawasan yang padat eloklah daftar awal. Saya memang usaha daftar awal sebab nya sekolah tu sekolah paling dekat dan paling senang nak pergi. Anak-anak yang lain pun sekolah di situ. Jadi kita takdak lah risau sangat kan nanti. Kalau sekolah tu penuh susah juga. Nak kena sediakan van pergi ke sekolah. Duit lagi. Aihh pening oiii fikir duit. Jadi mana dapat di kurangkan tu kita kurangkan lah.
Untuk PRA sekolah pun sama je ah. Ibu tak mampu nak hantar anak ke sekolah lain. Mampu PRA sahaja. Tahun depan 4 orang masuk sekolah. Wah wah wah. Tapi harap ayah dapat kerja lah dalam masa terdekat ni. Waaa nangis air mata darah lah kalau tak dapat kerja lain lagi.
 

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2018 Hingga 30 April 2018.
Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2019
 

Tahun 1 Ambilan 2018/2019


Maklumat mengenai permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2018/2019 adalah seperti berikut:

Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
Dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017 , 
Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar.
Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpenggunauntuk pendaftaran pengguna baharu.
Kemasukan Tahun 2018 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.
Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
 

OK .. itu saje ..gatai nak update … rindu nak berblogging .. tapi masa sangat cemburu dengan saya .. kenapa ye ?
Hurmm … dunia sekarang pun berputar sangat cepat.
Salam semua. TQVM siggah membaca di sini.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.