Assalamualaikum dan hai semua , kali ni nak share kalau rajin boleh lah ikut cara saya ni. Men DIY kan tshirt lama ibu yang memang dari beli tak pernah pakai dan jadikan tshirt anak. Dalam kes saya , saya jadikan tshirt syamim je , muat muat untuk baju dia je tuh.
Baju dah siap :
- Bahagian leher saya gunakan ribbing , ribbing ni beli dah siap potong by set. Dijual oleh kawan di facebook. Boleh search nama fb dia Sarazam Othman.
- Cara pasang ribbing senang sangat jika nak di bandingkan nak buat cara bias tu susah nak dapat kemas-kemas untuk newbie.
- Ukuran baju , tekap sahaja baju anak. Tengok kedudukan yang sesuai. Untuk baju ni saya ambik logo tu dulu asingkan kemas2 . Bahagian yang tingal tu saya tekap lah dengan thsirt syamim yang masih besar dia pakai.
- Untuk tangan boleh tekap atau buat sendiri sahaja.
- Logo pasang siap-siap sebelum ikut step di bawah.
- Cantum bahu dahulu.
- Di ikuti tepi bawah ketiak.
- Dan lengan.
tips jahit tshirt :
Guna tapak telfon dan mata jahitan 2.5. Setting tension jangan tegang sangat. Tu je .. insyallah menjadi.
Bahagian depan. Kalau anak besar sikit ambik je sekali leher tu . Tapi syamim kecik jadi saya buang leher buat baru. Kalau naka perempuan boleh buang lengan sahaja. Bahagian badan boleh buat bentuk A.
Bahagian belakang. Saya ambik logo kecik tu letak di lengan. Potong kemas – kemas sikit. Dan jahitkan dengan benang warna sama. Jadi tak nampak lah jahitan tampal kita tu.
Gambar di bawah. Nampak tak bekas saya tebuk. Atas kecik logo kecik. Tengan bawah tu bahagian body nya dan lengan. Saya ambik potongan dengan jahitan kelim bawah sekali. Jadi tak payah banyak kerja nak kelim kali ke dua kan
Jadi siap lah sehelai tshirt baru untuk syamim hasil DIY . Lepas tu dia pakai sampa makan mangga masak ranum. Habis kotor .. tak sempat la ibu nak snap gambar cecantik.
Gitu
Ok la .. selamat malam .. esok pergi checkup di klinik ibu mengandung. Malam ni ada apa ya ? ada bunyik mercun pula.
wahh kreatif ! Jimat pon jimat hehe
beli baju setahun sekali je … huwaaa rakyat marhaen
Wah kreatifnya Puan Bee! Kalau ada gambar Syamim pakai baju diy ni mesti comel! Hihi
baju dah masuk mesin , mak sibuk tk sempat sidai hahahahha alasan mak nyeee
Creative nya akak!! Tak pernah terfikir pun baju boleh diy. Dulu masa kecik2, habis baju tak pakai saya gunting lepas tu balut buat batu seremban hahaha
apa yang tak boleh ? zman laa semua boleh ..cer tegok youtube gerammmm
Kretif sangat. Orang yang rajin jer boleh buat DIY ni. Kita tak berapa nak rajin… hahaha…
tak berapa juga , tp kadang boring menjahit baju2 dengan pola2 rumit ..buat lah yg senang dan menyeronokkan ..saat anak pakai baju tu lah paling seronok
Sangat kreatif dan rajin buat diy ni. Anak dapat baju baru dari baju ibu. Suka tengok.
Ahaa … tp warna ptih cpat lah lusuh ..tp ok la ..dari bertahun simpan baju tu ..
Thanks for the idea. I got lots of t-shirts that I wanted to give my children instead.
buat mommy jane , jimat duit .. kita jarang pakai tshirt tu kain cantik.. kain tshirt mahal tauu
hoihhh! gila jimat kalau macam ni…dapat mak yg rajin mmg menjadi laa…kalau sally yg guna mesin nak jahit sikit pun makan sejam dua…mmg tak laaa nak DIY menjahit neh 😛 Good job kak!
Baju anak sekali sekala je jahit , baju orang rajin sikit hahaha
Rajinnya DIY. Pernah juga tengok di YiuTube. Baguslah boleh berjimat. Sangat kreatif!
Akak sahut seruan kerjaan dik .. jimat cermat sebab nak bayar gst ni
Bagus juga cara ini kan, jimatkan kos nak beli baju baru. Ubah sesuai baju sesuai kalau nak pakai kt rumah beli baru untuk baju pergi jalan-jalan je
Wow lepas ni tshirt yang tak pakai tu boleh lah jadikan baju untuk anak-anak tak adalah membazir selain daripada bagi sedekat kepada mereka yang memerlukan betul tu bagus idea..
fuhhh kretip la kak bee..nak kena belajar gak, byk gk tshirt yg tak pakai dah.boleh bg anak2..nak tunggu diorang besar pun lambat lagi..
Kreatif nya buat DiY. Tak membazir kan. Selalu bju lama ambik buang je. Heheh
Wahh jimat mcm ni… Boleh pelbagaikan.. Diy baju menarik
wow senangnya diy ni! can save money too! thanks for sharing!
DIY ni kalau rajin memang macam2 boleh jadi. boleh save duit & boleh jadi kreatif!
Is ask me redesign to small size, I think the whole shirt been spoil. But impress with your idea.
Bestkan dapat buat sendiri TShirt utk anak, kreatif
Kreatif sunggah ni Pn. Bee