Anak syurga

Satu petang tengah aku ” melayan facebook ” , ternampak satu ucapan berbaur romantik , bersahaja dan mungkin nada kerisauan di tambah dengan tujuan sebenar nak beri tahu keluarga dan rakan taulan tentang status terkini tentang kehamilan si isteri nya.

SaYang sanGat kAt ayAng…SeMoga dI perMudahkan seGala urUsan…kUatkan seMangat… “

Maka mereka yang mengetahui maksud tersirat terus menitipkan doa di ruangan komen. Kali ini .. aku tidak lagi mampu terlalu menunjukkan rasa bahagia pada tahap paling tinggi. Tak mampu nak bersukaria. Di saat ada hati ibu yang lain menderita . Anak syurga nya di masukkan ke icu sebaik si kecil itu melihat dunia. Banyak salur paip di pasang untuk membantu penafasan dan lain-lain. Istilah doktor mana lah nak tahu.

Hati ini terasa sangat sayu , tiada kata mampu di ucapkan lagi kepada ibu tersebut kerena aku tahu , kata-kata dan doa aku di ” facebook ” tidak mungkin mampu menjernihkan keadaan. Aku hanya mampu mengucapkan doa di dalam sujud ku sahaja. Maafkan aku kerana tidak dapat membantu.

“Ayang” telah pun selamat melahirkan anak lelaki. Sihat , kemerah merahan kulitnya. Ibu sihat dan anak sihat. Allhamdulillah.

Ke esokkan harinya aku bangun pagi seperti biasa , niat hati nak menjenguk emak dan anak syurga.

Aku “scroll facebook” lagi. Dan “whatsapp.. “

Aku menerima berita kematian anak syurga seorang sahabat blogger. Hanya kata-kata semangat dan sungguh di hatiku aku berdoa semoga kedua ibu dan bapa tabah. Semoga dapat menerima Qada’ dan Qadar. Semoga dengan kesabaran mereka akan di beri balasan setimpal dari yang Maha Esa.

Sayu.

Aku pergi melihat anak syurga yang baru tiga hari sambil terkenangkan anak syurga yang masih sakit di icu dan anak syurga yang telah selamat di kebumikan.

Sayu.

Aku tak mampu lagi ” update status ” kegembiraan dengan di selitkan gambar anak syurga yang baru di lahirkan. Takut – takut ada yang memendam rasa.

Jauh di lubuk hati.

Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan buat ibu dan bapa yang kehilangan anak semasa kecil. Yang anak nya di takdirkan tidak sempurna seperti anak syurga lain. Semoga tabah.

Tabah.

Nota kaki : 2 jam drive nak tengok anak syurga , aku juga tabah.

 

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.