Cerita pasal Karipap King Kong tiba – tiba. Dulu masa saya muda remaja ada seorang kakak tu jual karipap besar macam karipap king kong ni. Harga dalam RM2.50 , Itu cerita 13 tahun lepas. Tetapi nak cakap. Size nya sama . Rasa tepung di luar sama. Tapi inti di dalam lain. Masa lalu lalang di depan gerai karipap king kong desa pandan ni. Teringat lah karipap besar kakak 13 tahun lepas. Jadi teringin. Tetapi pandang harga tak jadi lah nak beli. Sebab nya kalau beli satu dua memang tak cukup.
Entah macam mana , hari ni terrbeli.. padahal nya ..huhuhu .. part ni biar lah rahsia. Ku ingatkan inti sama dengan kakak 13 tahun lepas. Inti karipap besar kakak 13 tahun lepas. Ada sebiji telur dengan salad kubis di campur hirisan bawang. Cicah dengan sos special buatan sendiri. Uols boleh bayangkan tak ? sedap nya perghhhh …
Isi Karipap King Kong
Tetapi karipap king kong ni memang karipap inti kentang biasa cuma di besarkan size je lah. Nasib baik memang terasa daging nya. Kuah kari sedap dan banyak inti kentang. Cukup rasa tapi makan tak cukup .. Hahahah .. beli 2 ketul aje.
Mereka ada jual air kelapa laut juga. So beli 2 karipap kingkong dengan satu air dah jadi RM10. okay lah sekali sekala nak merasa.
Masih terigat karipap kakak 13 tahun lepas. Meniaga di Kamunting Taiping. Ada ke lagi ke tidak agak – agaknya ?
Karipap gergasi di hentian stesen minyak Petronas di R&R Seremban lebih besar sebesar tapak tangan.
besar tapak tangan juga ni ..
adoi king kong pula namanya
biasa dengar karipap gergasi
ehemmm…. any gud news? 🙂
takde gud news ngidam bulanan je hahahha
saya pun pernah makan karipap king kong ni.Saya memang hantu karipap.Suami saya pun sama. Memang kalau orang jual karipap aje, mesti nak test. Klu terdapat karipap oksigen, itu yang paling sadiss oooo..