Assalamualaikum dan hai , satu – satunya anak lelaki kita sedang batuk dengan teruk. Sebelum ini ayahnya batuk , di ikuti dengan kakak bertiga. Kemudian mak ngah nya. Kemudian Syamim pun terkena batuk. Orang besar tak ada masaalah senang disuruh makan ubat mahupun madu. Tetapi kanak-kanak susah sedikit. Jika ahli keluarga mengalami batuk , saya biasanya akan cuba dulu berikan madu , kemudian jika tidak berjaya baru lah akan di berikan ubat batuk dengan arahan doktor. Biasanya batuk akan lega dengan cepat setelah di berikan madu. MADU asli ya.
Cara untuk merawat batuk dengan MADU. Ada beberapa cara boleh di cuba.
- Jika anda seorang yang tak kisah makan madu manis. Terukan ambil 2 sudu madu dan makan kemudian minum air suam.
- Jika anda susah sikit nak telan madu , atau pun kanak-kanak yang memang tak sukakan ubat mahupun madu boleh lah ambir 2 sudu madu campurkan dengan segelas air suam dan minum.
- Jika anak anda tak mahu minum air suam + madu (anak saya lah tu) biasanya salah olahkan letak madu ke dalam air sirap atau pun air limau kasturi. Asalkan ada warna , rasa manis – manis masam , pasti anak akan tertipu juga.
Berapa kali perlu minum air madu ?
Bergantung sehingga batuk hilang. Mengikut pengalaman suami saya hanya makan 2 kali sahaja madu terus baik. Kakak saya makan sekali , batuk nya dah berkurangan. Kemudian dia tak makan madu dah. Anak-anak saya yang lain 2-3 kali je dalam sehari. Esoknya semua dah ok batuknya.
Tetapi untuk anak lelaki saya susah sedikit. Air pun kurang minum. Mana lah tak batuk kan. Di tambah lagi musim panas ni.
Untuk mereka yang alergik madu jangan lah cuba ye. Nanti tak pasal-pasal penyakit lain datang. Cuba lah dulu jika anda mengalamai batuk kronik tak sembuh sembuh tu dengan amalkan madu.
p/s : Amalkan makan madu tak apa , jangan amalkan beri madu kepada isteri.. neihiii …
Terima kasih kerana membaca 🙂
Tentang madu ;
Untuk kana-kanak mungkin boleh campurkan dengan air suam pastu bagi dia minum ke, kot dia rasa manis air tu dia nak minum..hihi
campur air suam lg susah .. anak sy ni nak minum air kosong pun nak “ejuk”
rawat dengan cara alami memang terbaik.kesan sampingan kurang sedikit.
saya hadap komputer tiap hari dan terkadang mata saya sakit, tapi ada saran dari teman untuk tetes madu di mata dan ah-hasil good. boleh cuba juga untuk mata
keluarga kami pun macam tu..kalau ada sorang batuk.Mulalah berjangkit2 pada anak2..kita yg dewasa ni, senanglah nk di beri minum madu, tapi kalau anak2, memang kena pegang kaki dengan tgn dulu la..hihi
Meang atuk penyakit yg mdh sklai menular