Assalamualaikum dan hai , kali ni saya nak cerita kan sedikit kisah anak-anak di sekolah. Bila kita sembang biasa , orang akan kata ” alah biasalah budak-budak “. Kecoh sangat sampai nak tulis dalam whatsapp guru-guru. Baru-baru ini , saya sendiri nampak anak saya di tarik tudung nya dari belakang , dari jauh . Kemudian kawan nya tu tarik barang dari tangan anak saya. Ibu boleh bayangkan ya. Barang tu saya baru je beli untuk semua anak-anak. Dan saya sangat pasti gam tu anak saya punya. Barang tu sikit pun saya tak kisah kalau dia nak. Ambil lah .. berapa ringgit sangat.
Tapi cuba bayangkan situasi yang akan terjadi jika perkara ini tidak di panjangkan ye … [ saya tulis sebab ada ibu bapa yang seolah olah marahkan saya sebab panjangkan kes ini. ]
- Jika semasa kawan anak tu tarik tudung anak saya , kemudian terlepas. Didepan ada anak tangga 3 tingkat. Jika terjatuh masa tu ? apa akan jadi ?
- Jika semasa kawan anak tu tarik tudung anak saya , anak saya dengan tidak sengaja menolak kawan tu pula. Apa akan jadi ?
- Jika kawan tu pula ada geng , tak puas hati ramai-ramai cari anak saya dan gaduh hanya kerana barang sekolah yang sikit tu ?
Perkara ini sangat kecil , ya saya tahu …. dulu semasa anak saya tahun satu , dia pernah kena tumbuk di dada sampai biru.
Tahun lepas , dia jatuh tangga dan kaki patah. Tapak kaki ye . Kesan nya sehingga sekarang .. dah hampir setahun. Tapak kaki tu tak baik. Doktor nasihatkan dia tidak memasuki mana-mana olahraga. Kerana baru-baru ni dia masuk bola baling mana tahu tapak kaki membengkak kembali.
Apalah akan jadi jika sewaktu adengan tarik-tarik tu , anak saya jatuh lagi kali kedua.
Masa tu dah terlewat.
Tapi ya , sepatutnya saya cakap dengan guru dulu , tapi saya telah luahkan geram tu di group whatsapp ibu bapa. Saya sendiri telah mohon maaf atas ketidaksabaran saya pada waktu itu. Cuma jika boleh .. sebelum perkara yang lebih teruk terjadi , kita nasihat lah anak-anak. Saya sendiri melarang anak-anak saya cuit kasar-kasar dengan anak orang.
Biar lah apa orang nak buat. Masa berebut tu anak saya tak sangka ibunya ni nampak. Kebetulan saya tunggu dia depan pagar tidak jauh dari tempat tu. Berlinang air mata anak saya. Sebab dia tahu , ibu pantang betul kalau barang baru beli lepas tu hilang dan kena beli yang baru dalam masa 3 hari jek.
Saya serik sangat kes anak saya pata tulang tapak kaki di sekolah tahun lepas. Susahnya saya kena berulang alik ke hospital setiap minggu , dengan nak simen kaki anak. Saya orang susah . Tak ada orang gaji. Semua kena buat sendiri. Suami kerja jauh. Kisahnya Patah tulang tapak kaki disini
Semua ni akan beri perubahan dalam hidup seseorang , jika dari awal tak kecoh bising , apa akan jadi bila perangai anak-anak suka berebut barang orang secara ganas ni sebati dengan diri dia ?
Fahami lah .. Guru-guru labelkan perbuatan ini sebagai buli. Tapi ibu bapa dalam group tu kecam saya dan guru. Tapi allhamdulillah , ibu kepada anak tersebut telah pun meminta maaf dari saya dan saya minta ibu itu nasihat anak dia sebelum terjadi perkara tidak di ingini.
Senyum ,
Jika kena ke anak sendiri macam mana ? jom baca artikle lama saya , di tulis sekitar tahun 2011
Sukar untuk dibendung seperti apa yang ditulis. Kalau adu sekali pun akan ada pihak menganggap ia adalah kenakalan anak kecil dan ada ibubapa juga terlalu melindung anak mereka dengan menganggap anak mereka sememangnya baik.
i feel u sangat bee… cuma nis belum prnah la nampak kes buli pd anak2 nis. sekadar cerita2 dr mulut anak je la… bab ambil2 brg ni,,,
bagus la ada portal tu. parents kpd anak2 pembuli wajib ambil tahu dan ambil tindakan ni. biar guru berterus terang
selalu sangat , sebab sekolah ni semua perempuan jadi org tak caya wujudnya buli disitu
saya rasa mmg patut akak panjangkan..cuma kena saluran betul…sbb kalau biarkan mungkin makin menjadi2..anak2 pun takut dan tak bersemangat nak ke sekolah..