Azam 2016 – Saving Emas

Assalamualaikum dan hai .. Dah nak masuk bulan 3 2016 dah kan ? saya baru nak cerita pasal azam. Okay la.. dari tak ada azam langsung. Dulu-dulu tak berapa ada azam sangat. Sekarang  ni umur dah pun makin meningkat anak-anak makin membesar. Sekarang ni baru terasa , banyak nya nak pakai duit untuk sekolah anak-anak. Makan pakai boleh lagi lah ala kadar. Tapi makan dan perbelanjaan sekolah tak sanggup nak ala kadar. Anak masih lagi sekolah rendah aje . Belum sekolah menengah atau universiti.

Dulu .. tak lama sangat lah dulu pun. Saya mempunyai satu kegilaan dari pada gadjet ke handbag ke pandora. Semua yang orang jual di instagram saya nak beli. Tak dapat yang mahal dapat yang murah pun jadi lah. Duit boleh kata banyak ( tapi tak kaya ).. sebab saya buat bisnes sendiri kan. Lagi pula husband bukan jenis ambik tahu pasal duit saya. Eh nak beli apa suka hati la. JANJI … Duit yang dia bagi tetiap bulan tu saya boleh guna sehingga cukup sebulan.

Kemudian , masuk awal tahun 2016 .. eh macam tersentap ..banyak nya nak guna duit. Sejak bulan jun 2015 saya dah join powergold. Duit ahli tu saya bayar dengan guna duit kutu. Saya pelahan -lahan jual emas dan beli emas. Allhmdulillah. Ada emas baru dalam tangan. Bertambah. Tapi saya tinggalkan perangai shopping macam-macam tu. Saya kena pilih salah satu. Shopping baju atau beg atau pandora yang boleh puaskan hati saya tapi buatkan akaun menagis kekosongan atau saya biarkan akaun kosong juga tapi shopping emas sebagai simpanan saya.

saving 2016

30 GRAM EMAS DI TAHUN 2016. Ini azam saya. Tak kira mesti dapatkan. Ingatkan tak boleh dan susah nak dapat. Eh dah nak masuk bulan 3 dah dapat pun. Dengan bangganya saya bagi tahu. Kini simpanan saya lebih banyak dari husband. Tapi tak boleh kalahkan kwsp dia la. Orang makan gaji. Kita takdak kan.

Macam mana saya tekad ?

  1. Leave group shopping pandora dan handbag mahal.
  2. Unfollow instagram yang buat jualan online barang best best gila.
  3. Beli sesuatu yang kita suka bila ada rezeki terpijak sahaja.
  4. Untuk saving lagi. Kurangkan singgah di pasaraya dengan anak-anak. Saya tak kuat dengan rayuan anak-anak.Pantang anak-anak minta apa-apa pasti saya akan belikan. Jadi kurangkan.
  5. Semua duit syiling saya tak guna , masuk tabung. Lebih kurang RM3-RM5 juga syiling yang saya simpan setiap hari. Saya akan tukarkan bila dah cukup penuh balang tu . Biasanya lepas beli 2-3gram emas.
  6. Set dalam kepala , jangan beli benda tak perlu. Tolong suami untuk saving , gunakan bila perlu. Suami dah tak cukup nafas tu cari nafkah.

Dan saya ada idola.

Kak kujie.. mampu beli kereta cash , rumah dan carum kwsp. Walaupun beliau seorang suri rumah. Macam mana la beliau boleh buat. Saya suka nak follow beliau. Dengan cara hidup bersederhana. Jiwa tenang dan dapat melancong. Tabik .. saya harap kak kujie tak berhenti berkongsi ilmu saving beliau.  Saya masih dahaga kan ilmu saving.

Saya buat group kutu emas di facebook , sekarang ni dah nak masuk 7 group. Semua pemain dapat emas. Semoga kawan-kawan saya pun dapat simpan emas. Sekarang .. bila dah masuk group ke 5 baru lah adik beradik saya join saya main kutu emas. Sebelum ni adik beradik pun tak yakin dengan saya. Bila emas dah nampak baru la ada yang berani.

Jom add saya. Latifah bee. TAPI saya tapis ya … tak semua saya terima .. atas sebab sebab tertentu. Biasa nya perempuan ok je. Ada ramai 2-4 orang blogger menyertai group kutu emas saya. Ehemmm …

Sekarang stop saving kejap , kena buat persiapan baju raya. Anak ramai .. kena plan awal.. beli sikit-sikit. Tak mampu nak beli semua sekali gus .. semua pun dah mahal. Tengok harga jubah ketar lutut.

Apa kata anda pula ? yang bekerja mesti mampu saving , yang surirumah bagaimana pula ya ?

Terima kasih kerana membaca.

Show 2 Comments

2 Comments

  1. ciktom pun sama dgn akak..azam2016 tmbh koleksi emas….yg powergold tu tunggu komisen blog masuk..ciktom contact blk akak ye..hee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.