Nak pergi Johor

Ada apa di Johor ? Nak tidur hotel apa versi bajet ? tujuan ke Negeri Johor adalah sesaja , melawat lokasi tempat kerja encik suami , kali ini saya akan drive bertemankan anak saudara dan anak-anak. Harap sangat semua anak-anak beri kerjasama. Tak pernah drive sendiri ke Johor , sebab tu lah agak terasa gusar sedikit , risaunya jika terjadi perkara tidak di ingini seperti tayar  kereta pancit di highway tempoh hari.

johor

Saya telah pun buat beberapa peracangan , rasanya hotel akan di tempah terus dari Agoda.com. Saya nampak dan berminat dengan hotel murah yang berharga cuma RM70-RM90 Semalam untuk satu bilik. Saya mungkin akan tempah 2 bilik dan haruslah ada sarapan. Tahu tak ? dengan adanya sarapan kita jimat banyak jika ada anak ramai , lagi pun pagi-pagi agak susah nak merayap cari sarapan. Kerenah anak-anak masing – masing kadang-kadang menduga.

Pada mulanya saya merancang nak tinggal di homestay , tetapi harga untuk 2 malam sekitar RM500 ++ dan tak ada sarapan , manakala hotel boleh dapat dalam RM300 ++ dengan sarapan. Mana lebih baik ? Saya tak kisah tidur di hotel tak ada star sangat , asalkan jangan la ada nyamuk atau aircond tak sejuk atau bau asap rokok.Lain-lain saya tak cerewet. Lagi jimat lagi bagus.

Cuma ada lagi beza , homestay boleh masak , hotel tak boleh. Tapi johor kan tengah catu air .. so saya pilih Hotel lah .. alang – alang , boleh lah daku bercuti masak.

Tarikh ? Biarlah rahsia. Agak tak sesuai saya tulis di blog sebelum pergi dah peri tak apa. Menurut google dari Kuala Lumpur ke Johor memakan masa lebih kurang 3 jam 11 minit , iaitu 330km perjalanan nya.

Hanya mampu berdoa semoga semua selamat dan anak-anak beri kerjasana.

Saya hutang dengan diri sendiri untuk tulis cerita gambang waterpark dan gambang safari . Oh ada juga tertinggal cerita taman tasik ampang hilir. Cerita anak-anak dah graduasi dan akan masuk Tahun 1 pada tahun 2016. OMG. Sebenarnya banyak cerita , tapi agak kurang idea menulis.

Tahu tak ? apa yang paling susah nak bercerita di blog ? yang paling susah adalah mencari tajuk.

Show 9 Comments

9 Comments

  1. Sudah beberapa kali ke Johor seperti Muar dan Johor Bahru tetapi untuk urusan rasmi.

  2. Ikhwan

    1st time ke johor sebab nak daki gunung ledang 🙂

  3. Blogger Pontianak

    Wah, ternyata dari Johor Bahru ke KL masih cukup jauh ya? Berapa masa perjalanan dibutuhkan dari KL ke JB Encik? Kalau tak salah dari Pontianak ada direct flight ke JB menggunakan Wings Air. Bile ade mase boleh sekali2 jalan ke JB dan KL sekalian 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.