Salam , saya dapat resepi untuk buat kimchi sendiri ni dari group facebook , saya suka simpan resepi di blog , maklumlah kalau buku asyik hilang sahaja , ribuan terima kasih kepada kakak Nora Sabri kerana berkongsi resepi kimchi ini dengan begitu detail cara nak buat tu.
1 : kobis dibelah dua dan basuh. Toskan
2 : Lumur kobis dengan garam kasar sehelai demi sehelai. Perap selama 6 jam atau lebih.
3 : Bilas kobis dengan air dan buang sisa sisa garam. Tos kan.
4 : Kalau suka boleh potong kobis tadi kecil kecil atau biarkan sehelai -sehelai. ketepikan.
5 : Bahan2 lain:
1 batang lobak merah- potong batang mancis
1 biji lobak hijau atau pink (mcm dlm gambar tu) dipotong btg mancis jugak
1 biji epal atau lai atau pear dipotong btg mancis
seikat daun bawang dipotong lebh kurang 2in…
6 : Satukan bahan-bahan herba seperti halia , bawang merah , sos tiram dan gula , sos ikan , serbuk cili. Gaul rata.
7 : Masukkan garam jika tak cukup masin , agak-agak.
8 : Letak bahan – bahan sayuran tadi.
9 : Gaul sehingga sebati.
10: Masukkan kobis tadi dan gaul sebati.
11: Kalau tak nak potong kobis seperti gambar di atas , boleh lah sapu pes cili sehelai – sehelai seperti gambar di bawah ni.
12 : Kemudian boleh lah di simpan dalam bekas di tutup rapat. Biarkan seharian dengan suhu bilik biasa , kemudian baru lah di masukkan ke dalam peti ais.
Enak di makan begitu sahaja .. saya suka ..selalu beli di kedai. Akhirnya ada resepi dan cara buat dengan terperinci , semoga sis tu dapat pahala berlipat ganda. Terima kasih daun keladi.
Wah pandai buat Kimchi.
senang je .. 🙂
wah…buat kimchi sendiri. bagusnya
selalau tengok dalam running man..tertanya-tanya juga kimchi ni sedap ke tidak..hehe..