Mood menulis , memasak dah kembali normal. Sekarang memang rajin sikit. Hari ni saja nak kongsi menu yang anak-anak suka , dah la tu senang pula nak membuatnya. Bahan untuk membuat ayam goreng madu ni pun mudah di sediakan. Ikutilah resepi ayam goreng madu paling mudah dan sedap ni di bawah.
Bahan – bahan
- Ayam segar .. saya gunakan bahagian paha kecil dalam 1 kilo. Boleh juga gunakan bahagian kepak sahaja , atau seekor ayam di potong kecil , terpulang .. anak saya kurang sikit makan bahagian isi tu. Jadi saya beli ayam ikut bahagian.
- 2 cawan madu
- 1 cawan sos cili – gunakan cawan yang sama dengan cawan madu tadi.
- Sedikit kicap – Kicap ni funginya tambah warna je .. tak suka tak perlu masukkan.
- 5 ulang bawang merah
- 1 tangkai kulit kayu manis
- 5 ulang bawang putih
- sedikit halia
Cara memasaknya.
- Tumiskan bawang merah , bawang putih , halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Minyak dalam 5 sudu sahaja.
- Setelah naik bau , masukkan ayam .. gaul rata di dalam kuali.
- Tuangkan sos cili , madu dan kicap.
- Reneh perlahan sehingga kuah memekat dan melekat di ayam. Jangan lupa sentiasa balik balikkan ayam di dalam kuali.
Setelah siap , boleh lah taburkan bijan , boleh juga campurkan daun kari semasa menumis. Terpulanglah .. Saya tak ada daun kari.
Setelah kuah menjadi pekat dan melekat , boleh angkat dan hidangkan .. makan panas-panas sedap tau.
Memang sedap. Tak tabur biji bijan?
tak tabur sbb tkde stok 🙂
memang tak penah try….
try ,, pejam mata je buat hehhe
Memang Nampak sedap dan menyelerakan…Mohon share resepi ya?
boleh .. terima kasih ye ..