Port Makan Sedap di Nilai : Mee udang dan Telur Mayong di Nilai

Kalau anda berada di Nilai  singgahlah makan mee udang dan telur mayong masak lemak yang sangat sedap. MMA Santai Corner terletak di Bandar Baru Nilai. Trademark mereka kereta besar atas bumbung. Telur mayong adalah makanan kegemaran suami. Biasanya jika kami sekeluarga nak makan telur mayong tunggu balik kampung di TAIPING dan booking terlur mayong , lepas tu baru la masak. Sekarang dah jumpa kedai makan yang sediakan telur mayong , apa lagi harus terjah ye.

asam pedas 1

Sebenarnya di MMA SANTAI CORNER ada banyak lagi kedai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan sedap-sedap. Anda boleh pilih. Boleh lah bawa semua keluarga ke sana makan-makan.

asam pedas 2

Mee udang pilihan saya dan husna . Nasi berlauk ketam masak lemak pilihan aliya dan laila. Nasi berlauk telur mayong pilihan suami. Semua sedap dan menyelerakan , yang tak berapa best tu sebab bawa anak kecik jadi makan pun kena laju-laju. asam pedas 4

Kuah lemak pekat , cukup pedas , cukup asam di sajikan dengan nasi putih panas-panas , pulak tu di datangkan dengan pakej telur masin dan sambal belacan. Memang meleleh , berasap sambil makan beb. Korang kalau terliur boleh lah terjah cepat-cepat.

Dengar cerita owner dah mula buat delivery , tapi saya belum cuba lagi. Dan dengar cerita ada menu baru iaitu maggi kambing. Pun belum cuba. Nanti kita cuba ye .

Aih kita yang menulis pun terliur dah ni.

asam pedas 5

Nah satu lagi gambar telur mayong best .. Buat info anda , telur ni banyak dalam satu mangkuk boleh share dua tiga orang , kami silap beli banyak sangat semua tak habis terpaksa tapau la. Mee udang pun banyak udangnya. Berbaloi la .. kalau biasa beli udang mentah pun harga begitu baik beli udang dah siap masak.

Amacam best tak teori surirumah ni ?

asam pedas 6

Jadi jika hendak bercuti dari memasak boleh lah ajak famili makan udang dan telur mayong di sana. Nyummehhh !!!

Alamat :

D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Contact : 017-2253337
Waktu operasi : 6.00 petang – 12 tengahmalam

Facebook :

Facebook D’Laila Suppower

Show 1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.