Buat penggemar durian , ini berita gembira dapat makan durian di samping tambah susu ibu @ susu badan … memang lah .. orang kata makan durian tak elok untuk baby sebab sifat buah durian lepas makan akan rasa panas satu badan. Tapi mana lagi tak elok , antara susu merundum dan anak menagis 24jam nak susu dengan makan durian lepas tu kena minum air banyak dan rajin mandi ?
Makan DURIAN ? Berkesan ke ?
Perempuan .. perempuan .. memang banyak lah kerenah nya.
Ada je benda nak di risaukan. Baru lagi saya beli durian dan makan sebelum bulan puasa , memang lah tak rasa apa-apa. Selain dari panas badan sahaja , beli pun tak banyak. Almaklumlah belum musim , beli sebab teringin sangat.
Bila tiba bulan puasa , selepas beberapa hari berpuasa. Susu badan merundum, anak saya berumur 1 tahun 8 bulan mengamuk sebab tak puas menyusu. Ingat dia mengamuk sebab demam selsema dia tu. Tapi rupanya susu kering kontang. Mula lah langkah pencarian penambah susu badan @ milk booster di giatkan.
Saya update facebook , mana lah tahu kawan-kawan akan rekomen.
Dan ya .. ada sesorang kakak syorkan saya makan durian , saya macam terkejut .. eh betul ke ? macam tak percaya. Selama ni memang suka durian , tapi suka makan je bukan untuk tujuan apa-apa lah.
Ke esokkan nya , saya beli durian .. dalam gambar tu bukan ya. Saya beli durian kampung 6 bijik tau. Saya makan dengan anak-anak selepas berbuka puasa.
Dan semasa sahur , dah rasa susu banyak .. penuh .. dan syamim senyum lebar lepas menyusu tu. Alahai anak .. Dia punya senyum , cair ibu tengok.
Apa pun allhamdulillah menjadi , tapi lepas 2-3 hari ,susu kurang semula. Mungkin disebabkan anak pun dah besar sikit. Nak tak nak kena cari sesutu untuk menambah susu. Larat nak makan durian selalu .. rosak diet den. Hihihih..
Antara petua lain untuk menambah khasiat susu dan banyakkan susu badan. Paling penting.
- Niat nak susukan anak sehingga dia besar ( 2 tahun sekurang-kurangnya ) kerana ALLAH.
- Tak nak stress , enjoy semasa menyusukan anak.
- Minum banyak air kosong … cukup … macam mana nak tahu cukup ke tidak ? sukat … 1 liter = 25kg , jadi berat badan bahagi 25 dapat berapa ? saya 3 liter ..
- Lain -lain tu , boleh cuba mana yang sesuai … tak semua sama , saya walaupun dah beranak 4 , tak semestinya sama perjalanan menyusu anak sulung dengan anak bongsu.Serius.
Saya pernah dengar jugak tentang ni dan kawan saya sendiri memang mengakui durian milk booster nya…best2 dah la sedap
br makan durian semalam..syok laa anak minum ‘susu perasa durian’..hehe :p
dapatla susu perasa durian.. sedap. puan, kalau ada masalah susu kering boleh roger saya, insyaAllah saya tolong puan.
Wah baru tahu ni. Satu tips yang menarik 😀
Durian mmg milk booster bg saya..tapi hangatnya 1 badan,,hehe
Bestnya durian dibuat milkbooster..Saya, lepas bersalinkan anak ni tak tau kenapa, makan durian (say 2,3 ulas) dah panas naik kepala. jadi secalit je boleh buat lepas gian..
dulu kecik2 2,3 biji durian pun oleh bedal….. T.T
Makan durian di musim hujan itu bagus tapi pas summer itu tak bagus…