Kami pergi makan di sini pada bulan puasa kelmarin , cerita dah basi ek ? bak kata seorang blogger tu , tak ada cerita basi jika cerita pasal diri sendiri , so korang boleh baca cerita ni tanpa akan di serang keracunan makanan.
Atas permintaan seorang blogger nak tahu apa cerita dan rasa makan di sini.
Alkisah dah 6 tahun lepas suami pergi makan di situ , suami kat sedap sangat , kita pun teringin nak rasa juga , janji punya janji sampai 6 tahun baru la suami ada masa nak bawa bini dia ni ke sana. Apa nak buat ..
Asam pedas di sini memang sedap , kedai pun ada 4 biji sederet penuh , korang boleh bayangkan lah.
Semasa buat pesanan , boleh minta nak ikan apa , kemudian hidangan akan sampai lengkap dengan nasi dan sayur serta telur masin dan tak di lupakan asam pedas di dalam claypot.
Untuk anak-anak yang tak makan pedas boleh order Nasi Ayam , sedap juga nasi ayam tu.
Untuk peminat asam pedas boleh lah cuba , jika nak datang sini boleh set waze Jalan Laksamana Melaka , mesti sampai.
Harga berpatutan. Boleh open table ????
update live guna handphone , nanti edit jika ada kecelaruan tatabahasa.
Sweet je tengok adik beradik ni.
Saya kurang gemar makan ikan tetapi kuah asam pedas sanggup hirup. 🙂
Asam pedas masakan terbaik
Makan panas lagi sedap
Saiz perut semakin naik
Elok bersenam elak penyakit hinggap
Hehe.. mentang mentang makan kat melaka.. Satu pantun dijual
Sedapnya, ni yang nak masak ni. 🙂
Huhu…bila lah agaknya boleh try ni..emmm..selera pula anak PB makan yer..sedap tu..haha
Saya tinggal kat melaka 2 tahun setengah. Hari2 makan asam pedas pon ok. mmg masyuk la
masak asam pedas pulak la kita malam ni..hehehhe
sedapnya tengok asam pedas tuer
dah lama juga rasanya tak makan asam pedas. wahh..
Malangnya bunga kantan makin mahal hehehe….
saya x pernah lagi makan dari claypot ni, teringin juga nak cuba
Sedapnya mkn asam pedas????
MasyaAllah~ terliur tgk asam pedas ni… T-T
memang sedap nampak..terliur..bila la nak sampai sane .. 😉
Meleleh ayaq liuq cek…! 🙂
sedapnya…my favourite..pergi sana nanti nak cuba cari
Wow sedapnya..melelehhh tengok hehee
kena belajar buat sendiri nih
grrrrr….terliur mak buyung tgk…nak g sana jauh la pula rasanya bila dah menghitung hari ni.