Semua ibu bapa mahukan terbaik untuk anak – anak. Anak saya nombor 3 bernama Laila telah pun masuk 5 tahun , tahun depan dia akan bersekolah tadika. Laila seorang anak yang manja , cakap pun masih pelat .. Keletah yang bayak , periang dan suka bergaya.. Dan …. Laila masih minum susu di dalam botol.
Kebanyakkan umur kanak-kanak seperti Laila tidak lagi minum susu menggunakan botol. Saya tak sampai hati jika melihat laila tidak minum susu botol. Nampak Laila seolah-olah tidak bermaya.
Akhir-akhir ini .. Laila meneran Susah puntuk ” poo poo “ . Walaupun saya telah cuba menambahkan makanan berserat dan memperbanyakkan air kosong di dalam sajian Laila. Namun bukan setiap kali berjaya. Saya cuba menggantikan susu lama Laila dengan susu jenama lain.
Agak susah sebenarnya jika ingin menukar jenama susu. Perlu lakukan secara berperingkat. Kadang-kadang Laila memilih rasa .. Susu mestilah kena dengan tekak Laila.. Jika tidak di komplen nya tak sedap.
OH !!!!! Tidakkkk ….
Jenama susu apa kah yang dapat membantu ? Saya sebagai ibu ingin sekali mencari susu yang menjaga sistem pencernaan anak saya. Tidak mahu Laila merasa sakit ketika membuang air besar.
Baru baru ini, seorang promoter menghulurkan sekeping risalah kepada saya ketika saya sedang mencari susu untuk Laila. Menurutnya, susu Mamil mempunyai “prebiotik oligosacchrine gabungan scGos/LcFos secara bukti saintifiknya membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan kanak-kanak. Selain itu itu juga Mamil mengandungi DHA yang tinggi merupakan nutrisi diperlukan untuk tembesaran dan perkembangan kanak-kanak.
Betul ke nie? Memandangkan saya pun sedang mencari susu sebegini untuk Laila, apa salahnya jika mencuba? Sekarang Laila sedang menukar kepada susu Mamil secara berperingkat. Harap-harap susu nie dapat membantu Laila.
Jika anak anda mengalamai kesukaran membuang air besar , saya sertakan sedikit tips untuk anda :
- Apabila anak menjerit , menahan sakit ketika membuang air besar itu tandanya merika sedang mengalami kesukaran membuang air besar.
- Anda boleh cuba menukar sajian makanan anak-anak , lebihkan serat di dalam sajian seharian anak anda. Mana nak dapat serat makanan ? Serat makanan terdiri daripada sayur -sayuran dan buah buah-buahan
- Tukar susu anak anda. Kemungkinan anak tidak sesuai menggunakan susu tersebut.Pilihlah susu yang mengandungi prebiotik. Jangan berhenti memberi susu kepada anak-anak anda. Susu dapat menguatkan sistem imun badan badan anak-anak dan juga dapat meningkatan perkembangan otak anak-anak.
- Sistem pencernaan anak yang sihat akan membuatkan anak lebih cergas dan aktif untuk melalui pembelajaran dan menimba pengalaman setiap hari…
Sedikit tips dari puanbee .. Mummy with 4 kids..
Kalau anak constipated memang risau kan?….Anak saya kalau constipated, saya try bagi minum air orange with pulp macam Peel Fresh ke… alhamdulillah so far..
Selama ini tertanya si kecil mengambil masa lama ketika membuang air besar. Rupanya ada masalah yang mereka hadapai.
Maisara dulu masa kecik memang masalah betul bila nak membuang.cara ternaik tukar susu..sampai sekarang tak de lagi masalah tu..
yep, pemakanan pengaruh utama didalam pencernaan. Puanbee, saya rasa Puanbee guna balik la theme yang dulu yang ceria, ni theme ni rasa lemau la, den rasa lemau je nak singgah sini, hehe
theme yg mana ? sy dah buntuk nak guna theme apa ni .. semua ada je tk kena huhu .. sponsor satu theme kihkih …
Good, ni nampak ceria sikit, x nmpk lemau
spam komen byk .. korang buat cam mana ?
Anak saya pernah juga alami sembelit. Saya campurkan susu dengan makanan tambahan. Alhamdulillah dah tak sembelit.
Susu memang cukup penting untuk membantu tumbuh kembang anak, namun perlu diingat harap memilih susu yang tidak akan mengganggu pencernaan anak-anak sehingga tidak akan mengalami permasalahan yang berhubungan dengan pencernaan.
Terima kasih.
Memang anak saya selalu sembelit.
Sebab selalu sangat main tak nak makan. Buah buahan pun memilih.
Kena banyak sabar