Cukur rambut bayi di kedai "ane"

Bukan tak nak cukur rambut bayi masa bayi baru lahir. Selepas baby syamim di lahirkan , ada lah juga buat kenduri arwah dan doa selamat sambil untuk cukur rambut syamim tu. Tapi mak cik bidan yang biasa cukur tu cakap dia tak boleh buat. Sebab mata dah kelabu. Nak cari bidan lain tak cukup masa. Jadi masa tu buat kenduri arwah dan doa selamat je lah. Tak cukup pun rambut syamim.

Sekarang musim panas , rambut syamim pula lebat sangat-sangat , panjang sampai masuk dalam telinga , selalu berpeluh , baru je lepas mandi dah berpeluh kesian pula tengok dia.

Akhirnya dengan berat hati , bawa lah syamim ke kedai ane .. berdiri lama juga di depan kedai ane tu .. sampai ane panggil masuk. Mula-mula saya cakap nak potong sikit jek .. panjang sangat.

Ane pulak .. sibuk cadangkan botakkan terus , nanti rambut cantik la bla ~ bla ~

erm .. setuju je lah …

Duduk situ terus baca bismillah . risau lah syamim meragam ke apa-apa ke ..punya takut ni..

cukur rambut bayi

Nasib baik lah .. syamim ok .. siap senyum-senyum pandang kakak-kanak yang agah syamim dari belakang , sampai anne suruh kakak-kakak duduk diam , risau terkena kulit.

Ane guna mesin kejap jek …  berapa kali sogok jek dah habis rambut syamim.

Cukur rambut bayi di kedai "anne"

Fuh lega .. takut , risau jadi apa-apa semua ada.
Cukur rambut bayi di kedai "anne"

Ane trim sikit kasi comel 😛  syamim good boy ….. ayah senang hati dengar syamim baik macam ni.

Cukur rambut bayi di kedai "anne"Lepas syamim turn ibu pula. Biasa lah ibu yang baru lepas lahirkan anak rambut akan gugur tahap melampau. So pendek kan jugak. Syamim pula tunggu ibu sampai ” berkemwore” dengan maksunya.

Anak perempuan tak berapa kisah pasal rambut semasa kecil. 🙂 tapi anak lelaki kisah jugak la .. suka tengok rambut lelaki kemas-kemas.

Show 16 Comments

16 Comments

  1. Ooo bari tahu kenduri kesyukuran time cukur rambut bayi boleh skip skip.
    Btw comel lah dia… Geram tengok pipi gebu gitu 😀

    • sunat cukur lepas 7 hari timbang rambut dan sedekah kepada anak yatim sebanyak berat rambut dia. Kalau lepas tu tk de apa .. cukur je lah .. 🙂

  2. Subhanallah..awat comel sangt nih??dia menyusu badan ke Bee..geram nya tengok..

  3. nza

    alolo syahmi, mkin bulat n comel…..

  4. liza

    comey nya ank pn bee….gebusssss.baik lg diam je bila gunting.ank sy lau gunting menangis.

  5. Wahhh macam suka jer dapat potong rambut..nangis pun tak..haha

  6. Salam puan bee.. terpanggil untuk tinggalkan komen..
    Comel nye baby..baik je dia ye masa gunting rambut..

    • wasalam .. tu 1st time tak tau lah 2nd time mcm mana kan .. syukur dia tak meraung .. kalau tak gelabah juga

  7. bam bam nye dia…cute…anak Alynn tak pernah p gunting kat kedai..Alynn gunting sndri jer…tu pun susah anak tak bagi…huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.