5 Perkara perlu semak sebelum menjadi vendor di sesebuah butik konsep vendor dan kafe.

Orang kata , ” tak cuba tak tahu , kalau tak di pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya  ” Jadi saya telah pun mencuba sekali untuk menjadi vendor di sebuah butik terletak di satu tempat.  Saya ceritakan pengalaman saya , dan apa yang saya rasa. Saya bukan nak burukkan sesiapa.  Semasa saya join , saya telah di lamar sendiri oleh tuan punya butik tersebut, sangat manis dan penuh dengan smiley dia punya mesej di whatsapp. Sehingga terasa nak join. Apa boleh buat , semua ni terjadi dengan izin Allah .. redha saja lah.

Deposit yang di minta RM200 , adalah beberapa syarat yang di tetapkan oleh tuan punya butik. Bayaran sewa bulan pula adalah sebanyak rm150. Segala proses penghantar melalui pos di tanggung oleh saya. Tetapi ada beberapa kesilapan dari pihak saya. Dan saya tidak puas hati sama sekali dengan butik tersebut. Tak perlu saya taip lagi panjang , buat sakit hati je kalau di kenangkan. Tetapi saya boleh berkongsi sedikit , senarai semak yang perlu kita semua buat sebelum korang nak join mana-mana butik ber konsepkan vendor dan kafe ni.

butik zawara
Gambar sekadar gambar hiasan , tak ada kena mengena dengan entri , hari tu nak pergi beli jubah di zawara , tapi frust nonggeng sebab lambat sampai , butik pun dah tutup .. ada gambar je lah sebagai kenangan.

 
5 Perkara perlu semak sebelum menjadi vendor di sesebuah butik konsep vendor dan kafe

  • 1 : Tanya syarat yang di tetapkan oleh pihak vendor dan pastikan ianya tidak berat sebelah . Berat sebelah macam mana ? apa yang penting adalah bayaran sewa , deposit dan jenis butik atau kawasan butik tersebut adakah berbaloi dengan kadar bayaran sewa tersebut. Minta pihak butik menyataka target pelanggan sebulan. Tanya selain dari butik vendor adakah butik akan turut mempromosikan barang kita di media social mereka. Ada yang tidak mempromosikan langsung produk vendor sebaliknya mempromosikan produk sendiri sahaja.
  • 2 : Kontrak dan deposit- Ada yang membuat kontrak selama 6 bulan , 1 tahun dan juga 3 bulan. Jika masih baru hendak meniaga , seeloknya ambil kontrak paling minima , kadang-kadang , keuntungan tak seperti yang di khabarkan oleh butik. Di dalam kontrak biasanya ada meyebut deposit tidak akan di pulangkan jika kita menarik diri lebih awal. Seeloknya jika butik tersebut baru beroperasi , tiada deposit di kenakan. Maklumlah masih baru mana ada jaminan ada pelanggan tetap. Jadi pilihan terletak di tangan vendor untuk meminimakan kerugian.
  • 3 : Barangan yang hendak di letakkan di butik , pastikan tak ada yang sama langsung. Kalau sama .. kita dah rugi sebab customer mungkin akan membeli barangan vendor lain , yang mana mungkin harga mereka lebih murah.
  • 4 : Kesilapan saya paling besar adalah , terima syarat butik tanpa saya sendiri ada syarat. Walaupun kita bayar sewa sikit , tetapi duit kita tetap keluar untuk menyara kos sewa butik tersebut, jadi pada pendapat saya , kita ada hak untuk meletakkan syarat. Contoh .. butik harus update jualan terkini , seminggu sekali pun tidak mengapa. Bukan nya tiap bulan terus bayar barang. Bila tiba-tiba kita hendak berhenti dari menjadi vendor di butik tersebut , kita tak tahu barang mana yang terjual dan barang mana yang tidak , kita tak tahu langsung sama ada cukup ke duit yang di bayar dengan barang yang di jual. Ini tidak adil.
  • 5 : Pastikan setiap perjanjian  , pembayaran dan invoice jualan ada hitam putih melalui email atau surat. Pastikan ada. Kerana di akhir proses , jika semua tu tidak ada , macam mana nak rekod semua jualan dan  keuntungan ? benda ni yang saya minta dari vendor butik yang pernah saya letakkan barang , tetapi tidak dapat. Jika sebelum menjadi vendor semua mesej cepat jawap , selepas mejadi vendor semua mesej makan 2 hari baru jawab. Butik vendor juga harus mempunyai komitmen yang tinggi , jujur dalam urusan perniagaan , dan bukan hanya sekadar hendak menabah vendor untuk meringankan beban owner butik untuk membayar sewa butik sahaja.

Kebaikkan banyak , keburukan juga ada … tepuk dada tanya selera , kita kena pilih betul-betul untuk meletakkan barang kita di butik orang , barang kita sikit-sikit pun sayang macam baby kan ? Duit tu .. hasil usaha mengumpul modal dari sikit sehingga boleh buat stok , bukan senang nak senang..

Show 16 Comments

16 Comments

  1. Betul tu. Target bulanan kena ambil tahu juga sebab kalau tempat terdapat juga butik lain ia akan memberi kesan juga kepada target. Untuk target sahaja pun dah banyak perkara yang perlu difikirkan. Perkongsian bermanfaat dan membantu.

    • kan .. tapi selalu nya butik tak dpt sediakan target dan memang tak adil untuk vendor ..

  2. Tips yang sangat berguna. Tambah sekarang, vendor boutique and cafe bercambah sgt. Kita pon tak sure yang mana best. 😛

    • best2 tak best bermula dr owner kedai , kalau tak berapa jalan offline , owner ada usaha jual online ok juga la ..

  3. Modal besar juga nih. Buat masa ini saya memilih menjana pendapatan tanpa modal dahulu.

    • besar juga , ada kebaikkan nya .. kalau dah lama bisnes online , stok banyak dan kita boleh clearkan stok cepat sikit ..

  4. Kena check betul-betulkan, pengalaman adalah ilmu paling berharga
    Terima kasih atas perkongsian 🙂

    • check dan tegas juga bab duit ni .. saya bab ni kalah … tak tegas

  5. pengalaman yer bee..
    nis pun bercita2 nak jd vendor butik yg agak hot lokasinya… cuma belum bersedia sepenuhnya utk tambah komitmen. kedekut kan nis ni. haha… sewa sama rm150/bulan. dah bbrp tahun nis dropship dgn butik tu. dgn owner dah kamcing gak la.. doalah mudah2an termakbul hajat… amin…

    • kalau betul nak buat , sekurang2 nya , owner butik dapat buat satu invoice setiap hari / minggu barang mana dah jual atau tak .
      pengalaman bee , owner tk buat , jd bee tk tau , terkapai2 .. tau diamasuk duit tp stok mana terjual tk tau , bila push dia , dia kata masih baru dan tak tahu , kadang2 tak sempat .. apa punya tokey tah ..

  6. terima kasih atas info yang berguna.
    ni lah yang akan berlaku bila kita buat bisnes tanpa belajar ilmu perniagaan betul2, dunia zaman sekarang semua kena ada hitam dan putih, Banyak sangat yang akan mengambil kesempatan,

  7. Ada baik, ada tak baiknya.. Terima kasih kongsikan.. Yang pnting kena pandai berurusan la ye.. Huhu

  8. muliani

    betul tuu..mmg perlu disemak dahulu.. terima kasih atas perkongsian..

  9. kami sdang mencari vendor boutique seluruh m’sia yang sesuai utk letak baju kanak-kanak..
    Insta : @arrana.shoppe
    Fb page : Arrana Shop
    whatassp : +60196800226

  10. Pn Noor

    Sya ada kedai y bru nk buka.. jdi sya ingat nk buat vendor butik….. boleh tolong bantu sya buka menrealitikan impian sya nie… perkara y penting…. bantu saya whataspp sya 01125645275

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.