yee mee kering

Yee Mee Goreng Bersama Makanan Laut

Bila tengok tajuk yee mee goreng bersama makanan laut saya mesti tersenyum , siap selit bersama .. ada kisah di sebalik bersama , dulu saya suka berangan tulis resepi , telur goreng bersama bawang , tak pun ikan bakar bersama belacan .. sekali mana tahu saya jadi penulis blog , memang saya suka selitkan bersama tu .. macam impian jadi kenyataan pulak..

yee mee kering

Yee mee ni adalah makanan kegemaran suami , dia suka sangat beli yee mee , kalau saya suka beli kuew tiaw.. nih suami tak de rindu pulak kat dia ..rindu nak masakkan yee mee .. haha ..sapa-sapa tak pernah tengok yee mee sebelum di masak tu kat atas tu gambar dia lah.

Alah mee yang korang suka makan dalam kuali panas kat kedai tu , nampak macam sedap sangat jek di kedai kan ..kadang-kadang tak ada apa sangat pun dalam mee tu , ada telur sebijik dengan sikit isi ayam , cendawan seketul dah RM8.50 sekuali ..

Yee mee goreng bersama makanan laut

Tapi kalau masak sendiri makan lah puas-puas senang jek pun nak buatnya.

Resepi yee mee goreng bersama makanan laut.

Bahan-bahan.

  1. Yee mee kering (5 ketul/sanggul)
  2. Sayur sawi seikat
  3. Udang
  4. Kepah
  5. 2 Telur
  6. Cendawan (kalau suka , dalam resepi di atas tak letak cendawan , tapi kalau letak jenis shitake tu bau nya sedap sikit)

Bahan untuk menumis.

  1. 1 sudu Cili kering (kisar).
  2. Bawang merah di potong dadu
  3. Bawang putih di ricik halus
  4. 2 sudu Sos tiram
  5. 2 sudu Sos cili
  6. Kicap pekat (saya guna jenama ABC , nak guna jenama lain pun boleh je,sukatan agak-agak je)
  7. Sedikit serbuk lada hitam
  8. Perasa (garam dan sebagainya)

Bahan untuk pekatkan kuah. –2 sudu tepung jagung di bancuh dengan sedikit air.

  1. Tumis semua bahan untuk menumis tersebut , masukkan bawang dan cili dulu di ikuti bahan-bahan lain.
  2. Masukkan Udang dan kepah.
  3. Setelah udang tukar warna masukkan sayur atau cendawan.
  4. Setelah semua dah agak sebati masukkan Yee Mee.
  5. Gaul rata.
  6. Agak yee mee macam dah rata (sebelum lembut) masukkan air bancuhan tepung jagung dan pecahkan telur. Nampak macam telur dah masak sikit , angkat dan hidangkan.

Potong cili , masukkan cuka untuk perasa sampingan , boleh di hias dengan bawang goreng dan juga daun bawang.

selamat menjamu selera 🙂

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

59 thoughts to “Yee Mee Goreng Bersama Makanan Laut”

  1. tak pernah makan lagi ni.Alag puan bee tunjukkan cara ala-ala chef,bolehlah saya try gaul-gaul dlm kuali nnti…muahaha..

    1. lapau makan ler ni ..ambik bau yekk.. bee suka gak tp tk suka bila makan dengan anak2 mee tu .. kelam kabut jadiknya nak tiup , nak suap itu ini last2 pengsan haha .. masak kat rumah senang

    1. hehe sebab kan letak telur dan tepung jagung , dia akan sedap bila makan semasa panas jek .. bila dah sejuk rasanya jadik pelik sikit .. memandangkan tepung jagung tu dah kembang ..

  2. Aku suka makan yee mee mcm tuh.. rangup.. dan di sira dgn
    sambal mcm kerepek ubi lagi sodap and superb..

    yee mee suka masak berkuah.. tambah minyak bijan + telur + garlic..

  3. tak pernah lagi masak yee mee…selalu makan kat kedai…senang jer…masaknya…hehehe..nanti nak cuba resepi puan bee lah…

  4. Ohhh..encik Fauzi pun suka makan yee mee ni tp dia suka cara masak sizzling tu.. Zie kurang sikit.. kalau koew teow laju habis.. 🙂

    p/s: Bee,knp commentluv xde entry terbaru zie yer.. ingtkan jap je,tp tiap kali zie nk komen mesti list entry lama..mcm entry bawah ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *