Yang pertama dari Malaysia menang IWA Young Water Professional Award

Yang pertama dari Malaysia menang IWA Young Water Professional Award

Yang pertama dari Malaysia menang IWA Young Water Professional Award

Yang pertama dari Malaysia menang IWA Young Water Professional Award.  Bangga tak ? haruslah bangga.. di mana pemenang – pemanang sebelum ni dari negara lain. Antaranya Dr Enrique Cabrera Jr, Spain (2008-2010) , Dr How Yong Ng, Singapore(2006-2008) , Dr. Till Merkel, Germany (2004-2006) , Dr. Daniel Deere, Australia (2002-2004) , Prof. Lin Wang, China (2001-2002) , Dr. Matthias Maier, Germany (2000-2001) , Prof. Dr. Urs von Gunten, Switzerland (1999-2000) selepas itu di sambung pula dengan nama Dr Norhayati Abdullah Malaysia , 2012 . 

Yang pertama dari Malaysia menang IWA Young Water Professional Award

Anak seorang blogger Mijie dan Maklongnya yang dasyat tu .. sebenar nya DR Norhayati merupakan kakak ipar kepada mijie. Jadi berita tentang kejaayaan nya ini , kita dapat dari Mijie sendiri…. “Baru lepas ambik kakak ipar , balik dari korea .. bla bla bla ..” geng whatsApp … seronok juga masing-masing luah perasaan disitu ..entah sejak bila jadi akrab ni .. hehe [ Ada blogger yang kenal-kenal nak join boleh je .. ]

Dr Norhayati Abdullah dari Malaysia yang pertama mendapat Anugerah Young Water Professional 2012 dari International Water Association (IWA) di IWA Water World Congress & Ehibition yang berlangsung di Busan, Korea. Anugerah ini diberikan untuk mengiktiraf profesional yang berusia di bawah umur 35 tahun, yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam penyelidikan atau akademik di dalam industri air.

Dr Norhayati ialah seorang pensyarah di Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan , UTM Skudai berumur 32 tahun.  Suami beliau , Dr. Muhamad Ali Muhammad Yuzir juga pensyarah di universiti sama. Beliau mempunyai 2 orang anak dan sekarang sedang mengandung 5 bulan.

Beliau  pernah membentangkan penyelidikan di House of Commons London atau seperti  Dewan Rakyat di Malaysia.

Dasyat lah pencapaian beliau , setaraf dengan Shila Amzah tu .. kalau ada video Dr. Norhayati ni nagis-nagis terima award sure saya nagis jugak , perasaan yang sama semasa tengok video Shila Amzah terima awards .. bukan nagis teruk-teruk lah ..setakat menitik air mata ..tumpang gembira….

Tahniah …

Rujukan : Malaysian First IWA Young Water Professional Award Winner

Rujukan 2 : Rakyat Malaysia Pertama Menang IWA Young Water Professional Award

Sapa lagi nak buat entri berantai ? ehehee ~

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

12 thoughts to “Yang pertama dari Malaysia menang IWA Young Water Professional Award”

  1. Biasa lah Kak Bee.. hiburan didahulukan…. award berunsur penyelidikan tak ada press coverage “tempatan” yg melampau, tak dapat lah tengok nangis2 heee… Harap memberikan info serta memberikan insipasi kepada anak muda untuk terus berjaya…

  2. Pingback: Pensyarah Muda tempah kejayaan dalam industri air di Korea | Mawar Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *