Wallpaper DIY – Aktiviti cuti hari buruh

Selamat bercuti buat semua pekerja di Malaysia ni. Surirumah tak cuti , kerja macam biasa yek … Cuti sekolah mula lah bosan. Tak tahu nak buat apa melainkan betengkar anak beranak. Bila dah mula bosan mula lah nak shopping. Duit pun tak banyak. Konon-konon nak pergi lah ke jualan gudang baby kiko RM1 sehelai tu. Tapi kakak ku dah pergi dan katanya baju RM1 tak cantik. Baju RM18-RM30 baru cantik. Maka tak jadi lah mak ke jualan gudang tersebut. Baik beli baju di tesco saja. Sah sah dapat yang baru dengan harga tersebut.

Lepas tu keluar rumah beli barang dapur sikit. Terus singgah di DIY dah lama geram tengok wallpaper tu , tetapi selalunya malas nak beli dan pasang sebab masa macam tak cukup je! Sekarang cuti boleh lah buat projek sikit.

wallpaper

Saya beli 5 gulung wallpaper ni corak purple warna sweet sweet aje. RM8.90 segulung. Saya pasang dengan anak-anak je lah. Saya cuma pakai 4 gulung. Satu gulung lagi lebih tak tahu lagi nak buat apa.. plan nak letak di pintu peti ais. 

wallpaper 1

Semasa dalam proses pemasangan . Anak dara sulung yang banyak tolong. Jenuh lah nak panjat. Tangga takdo .. kawan ayah pinjam. Mak tergedik gedik nak pasang sangat dah.

wallpaper 2

Dan taraaaa … hasilnya .. rumah tak kemas betul-betul lagi. Jadi kita ambik gambar half je lah. Dengan batang mop nye disitu. Maaf kan mak. Gelojoh.

Nak kata cantik sangat rumah dengan deko deko tu tak ada lah. Biasa sahaja. Dinding tu dah teruk bebenor anak meluahkan bakat seni. Itu lah kena tutup. Nak cat pun malas. Letih cat rumah ni.

Haa ok la sekian , cerita surirumah DIY rumah dengan kos sangat minima. Tak payah tunggu suami kita ada. Boleh surprise dia. Lepas dah siap en suami call. Kita tunjuk dinding pastu dia kata. ” Oooo patutlah sayang nak tangga ” itu je .. itu je . ! bukan nak puji bini dia rajin huh !

Oklah .. sekian sekali lagi.

Terima kasih kerana membaca

Puanbee

Comments

  1. l like i like…. wishlist gak ni wallpaper dgn stiker lantai. nk hias ruang tamu dgn area masuk pintu

  2. Wahhhh…rajin ekk hiaskan dinding rumah.. hehe..cantik…

  3. Sekali-sekala bertukar citarasa dan menampal sendiri wallpaper. Kepuasan terserlah bila semua dah siap.

  4. Tak pandai nak pasang wall paper. Takut senget dan tidak rata. 🙂

Speak Your Mind

*