Waktu-Waktu Doa Mustajab

Share

Waktu-Waktu Doa Mustajab yang mana kebanyakkan orang dah tahu , saya petik dari Facebook seorang kawan ,jika hendak berdoa untuk sesuatu lakukan bersungguh-sungguh , tak kira masa … tetapi jika dah tahu waktu mustajab , apa lagi … usahakan agar doa kita di terima ALLAH S.A.W kan …

langit , instagram

Instagram @Puanbee

Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu. Semoga doa di terima. Amin

1. Waktu sepertiga malam yang akhir

  • Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
  • “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa

  • “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu

  • “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud

  • “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
  • “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat

  • “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

  • “Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

  • “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara Azan dan Iqamah

  • “Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)

9. Ketika Hujan

  • Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340) salam jumaat semua dan selamat beramal 😉

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

11 Comments:

  1. Jangan putus asa untuk menandah tangan kepada Ilahi.

  2. hehe..memang berguna betul entri ni..lagi satu puanbee, doa antara 2 khutbah jumaat..

  3. terima kasih puan bee..tp kalo nk ikutkan setiap saat kita berdoa 🙂

  4. thanks utk perkongsian ni..nati blh doa2 byk2 lg waktu mustajab..

  5. Allah itu maha Mendengar… kita manusia ni je yg malas berdoa… kan kan… rugi betul klu tak rebut peluang berdoa di waktu2 mustajab ni

  6. info ni sgt bagus..akan cuba amalkan pada ksemua waktu tu…Insya Allah

  7. saya selalu amalkan yang nombor 2 dan nombor 9 .. hihi.. jadi kebiasan dah

  8. thanks bee untuk info ni 🙂

  9. Banyak jugak masa-masa doa yang mestajab ni yang saya tak tahu. Tq utk info ni kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *