Waktu sesuai mandikan anak kucing

Sekarang ni sesiapa sahaja yang datang melawat ke rumah saya pasti akan terkejut dengan permulaan ayat ” eh ada anak kucing la ..” . Ya oleh kerana saya bukan seorang yang penyabar , bukan seorang peminat kucing , bukan juga seorang yang rajin untuk menjaga kucing jadi selama 10 tahun saya berkahwin saya TAK pernah bela kucing. Ini pun secara kebetulan kucing jiran datang beranak di rumah saya dan saya mengalah dengan pujuk rayu encik suami dan anak-anak.

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

anak kucing di mandikan

Saya telah memandikan kucing ini sewaktu berumur 2 bulan. Sebelum tu saya bertanya pada pekerja kedai haiwan yang biasa menjaga kucing. Ikutkan lahir je dah nak mandikan sebab laila si kecik tu suka sangat pegang dan cium kucing. Tetapi ditahan-tahan di sebabkan faktor anak kucing masih kecil.

Kata pekerja kedai haiwan itu. Anak kucing berumur 2 bulan dah boleh mandikan dengan syampu biasa , dan gunakan syampu untuk elakkan kulat dan kutu pada usia 6 bulan. Saya mandikan kucing dengan syampu clean & clear je .. haha … Ajar kucing supaya tak cerewet sebab tuan nya tak cerewet ..

waktu sesuai mandikan kucing

Mandikan dengan air biasa juga. Masukkan air di dalam bekas , masuk kan syampu dan celup kucing tersebut , lap-lap sikit di bahagian hidung , celah mata dan kaki nya ..

Kemudian jirus dengan air secara perlahan. Nasib la kalau dapat kucing kurang agresif senang la nak mandikan. Kucing saya tu 2 ekor baik je .. 2 ekor lagi meronta-ronta .. habis calar balar tukang bagi mandi tu ..

Ingin Bela Kucing? Klik Sini!

anak kucing

Buat muka kesian … haishh ikut hati tak nak bela tau ..tapi tengok la muka masing-masing .. suci sangat …

Lepas dah mandikan bersih-bersih boleh lah balutkan dengan tuala kering , lap air dan jemur sikit di luar .. Agak kelakar sebabnya saya mandikan 4 ekor anak kucing , dan anak-anak saya beratur untuk ambik anak kucing yang dah di mandikan dan letak dalam sangkar di luar untuk di jemur .. comel je rasanya hehe ..

Related :

  1. Anak kucing  nak cari mak & ayah baru
  2. Peminat setia hingga hujung nyawa
  3. Berapa harga sangkar kucing anda ?
  4. Smart Kucing

22 Comments

  1. Kucing Comel 3 September 2014 Reply
  2. Rina 24 December 2013 Reply
  3. akubiomed 18 February 2013 Reply
  4. MaMa3HerOO 17 February 2013 Reply
  5. Blog Keperawatan 17 February 2013 Reply
  6. mia liana 16 February 2013 Reply
  7. papa mifz 16 February 2013 Reply
  8. Hafizul 15 February 2013 Reply
  9. diana 14 February 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 14 February 2013 Reply
  10. hairulafiz 14 February 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 14 February 2013 Reply
  11. Kpah 14 February 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 14 February 2013 Reply
  12. Ummi Hanie 14 February 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 14 February 2013 Reply
  13. nurmisnan 14 February 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 14 February 2013 Reply
  14. Denaihati 14 February 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 14 February 2013 Reply
  15. mama3heroo 14 February 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 14 February 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.