Wajib ada bila anak demam + selsema

termometer , baby balsam , vicks

Hari sebelum buat majlis kenduri kesyukuran sempena lahirnya syamim. Baby syamim dah demam .. boleh bayangkan bayi 20 hari demam. Risau juga … risau demam panas. Memang ada spare cool fever jadi terus tempek kan kejap.

Kemudian minta adik belikan termometer untuk monitor suhu badan syamim. Mujur tak tinggi ..

Tapi , syamim selsema .. biasa lah musim hujan ni kan .. sejuk kot.

Sediakan pula babybalsam ni, jenama vicks juga tapi khas untuk baby ( selama ni tak tau pun ada vicks khas untuk bayi , mujur kawan kenalkan , dah siap beli vicks dewasa )

Paling kesian bila syamim tidur hidung nya ” ketat ” mengamuk juga dia. Mula-mula tak tahu , tapi setiap kali sapu vicks syamim tidur semula. Maka sah la hidung syamim ” ketat “.

Hari-hari monitor suhu , sapu vicks dan pastikan bayi minum susu banyak-banyak. Jika bayi muntah urut belakang. Biar bayi muntahkan kahak tu. Mandikan bayi dengan air suam , 2 kali sehari. Jika bayi selsema lah. Sedikit info di kongsi bersama .

Memang tak ada ubat untuk bayi.

Petua banyak , malas nak praktik kan pula. 🙂 urban lah sangat . Hehehe

Posted from WordPress for Android

13 Comments

  1. Ramzi Ebaz 23 December 2013 Reply
  2. resep kuliner 13 December 2013 Reply
  3. Hairul Azni 8 December 2013 Reply
  4. kamal 6 December 2013 Reply
  5. kamal 6 December 2013 Reply
  6. zie fauzi 6 December 2013 Reply
  7. Rina 6 December 2013 Reply
  8. Ummi Hanie 4 December 2013 Reply
  9. Denaihati 4 December 2013 Reply
  10. akubiomed 4 December 2013 Reply
  11. hafiz 4 December 2013 Reply
  12. nza 4 December 2013 Reply
  13. Anuar 4 December 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.